8.3.12

Ibu leka berfb tak sedar anak hilang - Sudah 8 hari DIRANG hilang.


Seorang ibu yang mengakui leka melayari Facebook tanpa menyedari anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun hilang ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran rumahnya di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.


Ketika kejadian jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.


ya allah selamatkanlah kanak-kanak ini...
semoga dia dapat kembali kepangkuan keluarganya.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...