Aduhhhhhhhhhhhh........pasti ramai anak gadis yang gigit jari bila melihat jejaka kacak idaman hati mereka melangsungkan pertunangan hari ni.....sabar ekkk....jom ramai2 kita saksikan siapakah gadis bertuah yang berjaya memikat hati Ashraf....apa2 pun kita doakan semoga beliau berjaya mengharungi alam pertunangan dan berkahwin dan seterusnya kekal ke akhir hayat. Amin.
PETALING JAYA: Ketika orang ramai tertanya-tanya siapakah bakal isteri Ashraf Muslim,30, (gambar), pelakon itu menjelaskan wanita yang menjadi pilihan hatinya itu ialah anak kepada rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, iaitu Lokman Abdul Hamid.
Ashraf akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan Noor Dayana Lokman, 24, pada Sabtu (hari ini), di Kampung Sungai Pusu, Gombak dekat sini.
Ia akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.
Menurut Ashraf, Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.
Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.
Program bual bicara Nasi Lemak Kopi O pada pagi Jumaat mendedahkan secara eksklusif menerusi lintas langsung di TV9 tentang bakal isteri lelaki itu.
Sebelum ini, pelakon itu mahu berahsia sehingga diumumkan pada majlis pertunangannya.
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian klinik perubatan tersebut.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ashraf dijangka akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini setelah mengenali Dayana pada tahun lalu.
1 comment:
mmg gigit jari nih...ehehehe
Post a Comment