Mengejutkan Kanak Kanak 11 Tahun Bersalin Pada Hari Perkahwinan

By
Advertisement
SOFIA – Belum pun sempat memasuki sekolah menengah, seorang budak perempuan warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova kini bergelar ibu setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.
Malah, Zhelyazkova berbangga kerana bayi itu lahir pada hari perkahwinannya dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun, Jeliazko Dimitrov.
Selepas bermalam bersama bayi seberat 2.6 kilogram yang diberi nama Violeta itu, budak perempuan tersebut kembali menyarung gaun pengantin untuk menyelesaikan upacara perkahwinan yang sebelum ini tergendala.
“Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu,” katanya ketika berada di sisi suaminya di hospital berkenaan.
Keluarga Zhelyazkova gembira dengan kelahiran anggota baru keluarga mereka.
Zhelyazkova yang merupakan ibu paling muda di ibu kota Bulgaria itu hamil dua minggu selepas menyambut hari jadinya yang ke-11. – Agensi


kejadian nih berlaku pada tahun 2009

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.