4.3.12

Al-quran berdarah ditemui bersama pemuda yang syahid



Mushaf Al-Quran berdarah ini diperolehi dari poket pakaian seorang syahid di wilayah Homs. Darahnya dan Al-Quran yang mulia ini bakal menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Ya Allah! Terimalah dia di sisiMu....


‎(TAJUK BERITA)
Seperti menyembelih kambing biri-biri: Tentera rejim Basyar Al-Asad menyembelih 64 orang pemuda di Baba 'Amru.
 

Penyembelihan berlaku secara beramai-ramai awal semalam. Sumber Arabia.net melaporkan bahawa penduduk yang ketakutan telah melarikan diri sehingga mereka tiba di satu sekatan pasukan keselamatan, mereka dibawa menaiki empat buah bas dengan alasan kononnya untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat. Anggota keselamatan terbabit telah menurunkan warga tua sebelum menyembelih kesemua pemuda-pemuda di dalam bas tersebut seramai 64 orang. Turut dilaporkan ialah kehilangan wanita-wanita yang dikatakan telah diculik dan dibawa ke destinasi yang tidak diketahui. Lebih menyayat hati, sumber melaporkan Hospital Kebangsaan di wilayah Homs menerima 47 mayat yang terdapat kesan disembelih pada leher mereka.


IMEJ KANAK2 SYRIA DIGANTUNG DIDINDING RUMAH MEREKA SEHINGGA MATI 


Kepada yang masih tidak tahu atau sengaja tidak mengambil tahu berkenaan apa yang telah berlaku di Syria, lihatlah video ini. Mereka dibunuh, disembelih, dan wanita-wanita mereka dirogol dengan begitu kejam hampir setiap hari. Wallahul musta'an.

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...