Dibahagian Utara negara Jepun, pernah wujud satu tradisi pelik yang diberi nama Sokushinbitsu iaitu satu ritual memumiakan diri sendiri.
Amalan ini pertama kali dirintis oleh seorang rahib bernama Kuukai lebih dari 1000tahun yang lalu di kompleks candi Gunung Koya, wilayah di Wakayama.
Kuukai adalah pengasas mazhab Shingon Buddhisme, yang merupakan mazhab yang muncul dengan idea pencerahan melalui hukuman fizikal. Sebahagian mumia dari hasil mumifikasi sendiri berhasil diselamatkan sepuluh tahun yang lalu. Dan diyakini bahawa beratus-ratus sami telah mencuba aktiviti ini,tetapi hanya sekitar 16 dan 24 hasil mumifikasi diri yang berjaya ditemui sampai saat ini.
.
Proses yang rumit bermula dengan 1,000 hari makan makanan diet khusus yangterdiri dari kacang-kacangan dan biji-bijian, ketika melakukan aktiviti ini kegiatanfizikal juga semakin dipertingkatkan untuk menguras lemak yang ada di tubuh para rahib tersebut. 1000 hari kemudian Mereka hanya makan kulit dan akartumbuh-tumbuhan dan mula minum teh beracun yang dibuat dari getah pohon Urushi, yang biasanya digunakan sebagai bahan pembuatan mangkuk lacquer.
Aktiviti ini menyebabkan muntah dan boleh dengan cepat menghilangkan cecairbadan, dan yang paling penting, tubuh para rahib ini menjadi sangat beracun untuk dimakan oleh ulat. Akhirnya, seorang biarawan yang melakukan mumifikasi diri ini akan mengunci dirinya di kubur batu yang berukuran hampir tidak lebih besar dari tubuhnya, di mana ia tidak akan pindah dari kedudukan teratai. Satu-satunyaSambungan ke dunia luar adalah tabung udara dan bel. Setiap hari ia membunyikan loceng untuk membiarkan orang luar tahu bahawa dia masih hidup.
Apabila loceng berhenti berdenting, kuburan yang mirip tabung batu itu dipindahkandan makam ditutup rapat. Setelah kubur itu ditutup, para biarawan lain di biara akan menunggu lagi 1.000 hari, sebelum membuka kubur untuk melihat apakah mumifikasi berjaya. Jika sami itu telah berjaya menjadi mumia, mereka akan dilihat sebagai Buddha dan dimasukkan ke dalam kuil untuk dipamerkan. walaupun,dengan tubuh yang membusuk.
Mumi juga mempunyai aksesoris mereka sebelum kematian. Namun, mata mereka telah diangkat. Meskipun demikian, mereka dianggap mampu melihat ke dalam jiwa-jiwa yang hidup dan mampu memandang kehidupan di dunia nyata dengan sempurna.
Amalan mumifikasi diri ini, hari ini telah dilarang oleh kerajaan Jepun, dan tidak lagi dipraktikkan oleh penganut mazhab Buddha mana-mana .
.
No comments:
Post a Comment