14.3.11

Pakar Ramal Tragedi Letupan Fukushima Ulangi Bencana Chernobyl



Washington: Pakar nuklear Amerika Syarikat memberi amaran tindakan mengepam air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Jepun yang rosak dilanda gempa bumi adalah satu 'tindakan terdesak' yang boleh membayangkan satu bencana seperti Chernobyl. 

Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di loji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear.

“Situasi itu menjadi terlalu terdesak apabila mereka dilihat tidak mempunyai keupayaan untuk menggunakan air tawar atau air biasa untuk menyejukkan reaktor dan menstabilkannya dan kini dalam satu tindakan terdesak untuk menyelesaikannya menggunakan air laut,” kata Robert Alvarez, dari Institut Kajian Dasar.

“Saya menyifatkan langkah ini sebagai satu ‘Hail Mary’ (terdesak),” kata Alvarez menggunakan slanga bola sepak Amerika Syarikat dalam usaha terakhir untuk memenangi perlawanan ketika masa sudah berakhir.

Gempa bumi magnitud 8.9 melanda Jepun Jumaat lalu menimbulkan kecemasan pada loji terbabit yang meletup kelmarin sehingga memaksa perpindahan di kawasan sekitar.

Pekerja cuba menggunakan air laut untuk menyejukkan reaktor dalam usaha untuk menghalang bencana radioaktif selepas gempa merosakkan sistem penyejukan loji terbabit.

Apa yang berlaku di loji itu ialah keseluruhan sistem penyejukan terhenti ditambahkan dengan kegagalan kuasa di mana dalam kes ini membabitkan generator diesel.

“Kegagalan sistem berkenaan adalah sesuatu yang tidak dijangka berlaku tetapi tetap dibimbangi sejak berdekad lalu,” kata Ken Bergeron, seorang ahli fizik yang terbabit dalam simulasi kemalangan reaktor nuklear.

Reaktor terbabit sudah ditutup tetapi kebimbangan tetap wujud batang bahan bakarnya akan panas dan mencair seterusnya menyebabkan kebocoran radioaktif di udara yang mungkin merebak ke kawasan lebih besar.

Jika ia mencair melalui reaktor, Bergeron memberi amaran ia boleh mengalir ke lantai bangunan yang tercemar itu. Jika ia berlaku strukturnya mungkin akan terjejas, kata pakar.

“Pencemaran bangunan di loji ini adalah lebih kuat berbanding di Chernobyl tetapi lebih kurang berbanding di Three Mile Island, jadi hanya masa akan
menentukan,” katanya. – AFP 





IMBAS KEMBALI

Chernobyl, 1986 - letupan loji nuklear ke-4

Bencana Chernobyl adalah kemalangan nuklear atau radioaktif yang berlaku pada tarikh 26 April 1986, di PLTN Chernobyl di Ukraine (Kesatuan Soviet Sosialis Republik Ukraine kemudian, sebahagian daripada Kesatuan Soviet). hal ini dianggap kekuatan kemalangan loji nuklear terburuk dalam sejarah dan pada peringkat 7 pada skala International Nuclear Event Scale.

Tragedi Chernobyl bermula daripada ledakan reaktor ke-empat di kilang Chernobyl, Kota Pripyat di Republik Sosialis Soviet Ukraine semasa pemeriksaan/ujian sistem dijalankan. lonjakan elektrik berlaku secara tiba-tiba dan ketika usaha pemulihan kecemasan 'shutdown emergency' dilakukan, lebih banyak percikan kuasa berbahaya berlaku yang mana menyebabkan letupan reaktor dan siri letupan.

Kesannya, ledakan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 26 April 1986, telah mengakibatkan Chernobyl menjadi sebuah kota mati, berbahaya untuk dimasuki, tercemar dengan radiasi yang masih sangat aktif walaupun telah 25 tahun tragedi itu berlaku. Kecelakaan ini merupakan salah satu bencana nuklear yang terdahsyat sehingga kini. Disusuli ledakan dan kebakaran serta gelombang radiasi dari skala paling berbahaya yang jauh melewati batas selamat hingga paling lemah, tersebar hampir ke seluruh Eropah.

Tidak dapat dipastikan berapa sebenarnya jumlah korban akibat tragedi Chernobyl. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 9.000 terkorban akibat kesan radiasi. Organisasi Greenpeace menganggarkankan jumlah kematian melebihi 9,000 orang dan boleh mencapai sehingga 93.000 orang.

Ratusan dari ribuan mangsa berjaya selamatkan. PBB menganggarkan, seramai 7 juta orang masih hidup di wilayah bahaya di mana radiasi diluar lingkungan tahap selamat. akibatnya, penyakit kanser dan mutasi genetik pada bayi yang baru lahir, kematian dalam jangka waktu yang diramalkan bagi para pekerja semasa membersihkan runtuhan ledakan di kota itu, mutasi genetik luar biasa turun temurun yang tersebar hampir ke sebagian dari wilayah Eropah. 

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...