19.7.12

Subhanallah..... makin bertutup makin cantik

Suka tengok  Sharifah Sofea yang tambah cantik sekarang nih dan Wardina yang memang sudah cantik hehe


Alhamdulillah..... siapa sangkakan artis nih yang suatu ketika dulu sering tampil seksi dan pernah  kecoh isu anjing telah berubah penampilannya. 
Ramai yang memuji mengucapkan kesyukuran atas penghijrahan beliau dan juga mendoakan agar beliau terus istiqomah.
suke3x........ hehe
dan nak tambah lagi.... pakai tudung macam ni walaupun nampak simple tapi sebenarnya lebih manis dari pakai tudung yang berserabai atau pun berbelit2 dengan kaler yang warna-warni tu kan.
lagi pun Islam sudah menetapkan  garis panduan bagi muslimah dalam berpakaian supaya tidak berlebih-lebihan hingga menarik perhatian.

nak tengok fesyen tudung pelik klik sini

baca sini untuk panduan
http://aiyangdisayang.blogspot.com/2011/01/wanita-solehah-akan-menjauhkan-diri.html


Wanita Solehah Akan Menjauhkan Diri Daripada Tabarruj (Mempamirkan Perhiasan Diri)


Wanita menjadi mulia apabila ia mengikut ajaran Islam sebenarnya. Menjaga akhlak dan pergaulannya dan menjaga perhiasan diri supaya terhindari daripada fitnah dan menimbulkan dosa dan kemungkaran."


Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian melintasi lelaki, agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina"

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Perempuan yang melabuhkan pakaiannya dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya."

Oleh itu Islam melarang wanita muslimah tabarruj iaitu memamerkan keindahan dan perhiasannya kepada laki-laki yang bukan mahram. Tabarrajatil mar’ah ertinya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya (dengan solekan yang berlebihan).

Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada laki-laki dengan maksud untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.

Tabarruj adalah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya serta segala sesuatu yang wajib ditutup karena dapat membangkitkan syahwat laki-laki. (Fathul Bayan VII/19).

Menurut syariah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan mahram. Termasuk orang yang mengenakan tudung, di mana seorang wanita menutup wajahnya, dengan warna-warnanya yang terang dan ada daya tarikan ditujukan agar dinikmati orang lain, ini termasuk tabarruj jahiliyah terdahulu. Seperti firman Allah S.W.T. maksudnya :

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
(Surah Al-Ahzab ayat 33)







✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

1 comment:

Nizam Ijam said...

hehehhee... best la.. comel :)

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...