26.7.12

Bayi nazak didera teman lelaki ibu


Dera hingga pecah usus

KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.


✿*~ dah baca n3 tekan 'like' yeaa... ~*✿

1 comment:

UMMI YL said...

ish-ish macam mana teman lelaki dia boleh dera..teman lelaki dia ke yang jaga..astagfirullah..apalah nasib anak ni..minta allah ringankan kesakitan dna berikan kesembuhan,,kesiannya..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...