18.4.13

Wardina : Suara hati Seorang Ibu Sempena PRU13 ::



Kita perlukan satu semangat perjuangan yang berasas dan berpaksikan kepada ilmu juga keadilan. Hidup bukan untuk makan, bergembira, menyanyi berkaroke, berseronok sahaja. Bangunlah rakyat Malaysia.. lihatlah apa yang berlaku, yang telah berlaku, apa yang tidak sepatutnya berlaku... dan ambil masa untuk berfkir mengenai masa depan kita dan anak-anak.

Bertanyalah..."Apa yang mungkin berlaku?" "Apa yang perlu dilakukan?" Kita semua mahukan satu perubahan yang akan memberikan kita satu masa depan yang lebih baik InsyaAllah. Isu pendidikan, keselamatan, korupsi, dan masalah sosial (isu akhlak dan moral) amat perlu diberi penekanan oleh sesiapa yang bakal menerajui negara. Pemimpin yang mewarisi Malaysia akan mewarisi Malaysia dalam satu keadaan sosial yang SANGAT TENAT.

Didoakan semoga memperbaiki akhlak menjadi agenda terpenting dan ianya hanya mampu diubah sekiranya ada 1. keikhlasan 2.penekanan terhadap memperkasakan minda dengan menyintai ilmu pengetahuan. Kita perlu menghentikan kiblat yang cuma berpaksikan kepada habuan wang ringgit semata. We need money to live yes..BUT WE NEED MORE THAN THAT DEAR LEADERS! Dengan akhlak, integriti, sifat rajin dan intelek yang hebat..wang ringgit akan menyusul jua percayalah...Kita sudah cukup bangunan yang tinggi KINI kita amat memerlukan manusia yang BERAKHLAK TINGGI....

Ambil tahu wahai rakyat Malaysia... Ambil tahu apa yang terjadi kepada negara anda, siapa pemimpin anda. Kita perlu baca lebih dari gossip artis semata. xoxo. Salam Sayang... Salam Perjuangan.. Salam Semangat yang penuh dengan pengharapan... Moga kita semua tidak kecewa...

Link asal : http://www.wardinasafiyyah.com/penulisan/isu-semasa/61-suara-hati-seorang-ibu-sempena-pru13



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum ... susah nak tahu politik nih benar telus atau pun tidak . Sesiapa pun yang terpilih , akhirnya akan terlibat dengan rasuah n kroni juga . Cuma parti mana yang akan mendahulukan kepentingan rakyat , mendangar suara rakyat , menyediakan prasarana terbaik ,hanya diketahui bila dah memerintah ... Pertanyaan yang ada dalam benak saya , parti manakah yang boleh jamin hak bumiputera tidak tersentuh , kuota utk bumiputra dlm segala aspek terjaga dan UiTM terus dapat melahirkan pelajar bumiputra cemerlang dan berwibawa ?

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cari yg haq jauhi yg batil.......

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...