23.4.13

kalau pr memerintah ... gaji polis naik rm600 tapi lepas tu bini2 polis ni semua kena gadai ... undi la pr kalau nak kena gadai....perghhh.....takutnyaaa!!!!



nak gelak ke atau nak kecut perut bila dengar ayat mcm tu ekkk.....???
selalunya yang aku dengar kalau pr memerintah habis la negara kena gadai....
pagi ni..... bini polis pun kena gadai.....???? wahahaha.....
ye lah pr ni semua nak bagi percuma.... !!!!
ohhh..... baru aku tau orang2 bn ni semua tak suka benda percuma.....
lagi tinggi harga barangan atau kos sara hidup maknanya lagi kelassss la .... maknanya makin maju la.... 

apa pun mari dengar  ucapan bekas menteri besar Selangor yang turut menyertai pembangkang ni.... di bawah pemerintahan beliau Selangor maju.... itu memang tak boleh disangkal lagi....  sebab itulah sekarang ni hari-hari keluar iklan 'sayangi Selangor' muehehe......


kat Malaysia ni kakak.... ramai ulama yang menyertai parti pembangkang PAS ..... kalau kakak tak suka pada Tuan Guru Nik Aziz .... adakah kakak juga tak suka pada tuan guru Haron Din? Dia pun dalam parti pembangkang juga... kakak tak suka PAS parti pembangkang tapi bila kakak sakit kakak pergi cari dia... minta air penawar di Darus syifa.....  tak pula kakak takut jadi sesat minum air dia....


kakak takut sangat dengan DAP.... habis tu cina MCA yang terang2 menolak hudud tu akak tak kisah.... errrr ustazah masyitah pun memperlekeh hudud juga.... ostazah lagi tauuuu.....akak pernah tengok tak kat utube??? kalau kakak tak pernah tengok mehhh sini tengok...
kakak tak terasa  ke bila tengok ustazah umno mempersenda hukum hudud????




kakak lupa ke pada dua anggota polis yang didapati bersalah kerana meletupkan altantuya?????
nasib baik la anggota dua orang tu tak kawin lagi.... cer bayangkan kalo laki kakak yang di arahkan bunuh altantuya tu..... apa perasaan kakak? 
entah apa nasib dua orang tu
mungkin juga senang lenang di luar sana sapa tau kan.....
kakak tau ke tidak siapa orang-orang besar yang dikaitkan dengan altantuya
mahkamah kata   dia bebasssss kakak tau tak?????
yang kena polisss......




bayangkan lagi kalau laki kakak yang terkorban ditangan pengganas sulu?
kakak tak baca surat khabar ke siapa yang kata sulu tu bukan pengganas???
kakak tau tak sapa bijak pandai yang nak berunding dengan kiram???
kakak tau tak yang jamalul kiram tu ahli umno????
kakak tak rasa marah ke hahhh?????
yang mati di bunuh dengan kejam tu sapa kakak???
polissss....... kakak tau tak????



fuhhh....
nasib baik bini polis bukan undi pos!!!!


ps: ini negara demokrasi.... jadi kakak bebas untuk bersuara meluahkan apa yang ada dalam kotak fikiran kakak.... dan saya juga bebas untuk menulis apa yang ada dalam hati saya so peace yoooo.....!!!



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

6 comments:

otaistillkick said...

Rakyat mesti membuka minda dalam PRU 13 ini .Lohat apa yang telah berlaku pada negara ..

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/rakyat-membetuk-kerajaan.html

Hafizah Mohamad said...

Takbir !!! Allahuakhbar....=)...dulu kini dan selamanya dlm ISLAM...amin....

Unknown said...

Sepertimana mana-mana kerajaan akan gunakan polis untuk ketenteraman awam. Soalannya apakah tindakan kerajaan PR jika dapat memerintah untuk menghadapi isu seperti Lahad Datu? Adakah berunding dulu atau terus menamatkannya dengan secepat mungkin. Rundingan adalah cara kita Malaysia...

Sari said...

betul tu encik borhan hassan.... cuma sy tak setuju pemikiran dan cara berkempen yg suka menakut-nakutkan orang lain tu.... jahat sgtkah pr hingga sampai tergadai negara dan body isteri anggota polis....

Sari said...

kak hafizah : takbir!!! pilih Islam pasti selamat

Sari said...

encik otai: betul.... betul... cari maklumat dua2 belah pihak.....

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...