16.4.13

Hot!! Faizal Tahir Rasa Terhina Dengan Pencalonan Zulkifli Nordin


Baca di SINI

Naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi wakil bebas.

Namanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah Alam hari ini.

NONEPertembungan ini pasti mengimbau kembali kes 2010 apabila Zulkifli dipecat oleh PKR, ekoran kes berkaitan Khalid.

Tindakan itu diambil antaranya kerana beliau membuat laporan polis terhadap Khalid atas dakwaan menghina enakmen Selangor yang menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Menariknya juga, Zulkifli juga kali ini akan menentang calon daripada PAS, yang juga parti lamanya, sebelum menyertai PKR sebelum ini.

Najib ketika mengumumkan nama Zulkifli menyifatkannya sebagai "calon rakan BN". 

Sementara itu, Bernama melaporkan, Zulkifli bertekad menumbangkan Khalid kerana kejatuhan Pakatan di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri dan paksi kekuatan Selangor, bakal membuka jalan yang luas bagi BN merampas kembali negeri itu.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. 

"Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Najib: Zul 'calon rakan BN'
Khalid dalam pilihan raya umum lalu memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada 2008.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa bertanding bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: 

"hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan
terperinci.

Mengulas kedudukan pencalonannya sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN".


ps: antara zulkifli nordin dengan faizal tahir korang undi sapa? kekeke.......

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Panas skrg dgn isu politic ;-)

Hafizah Mohamad said...

Hidup matiku tetap sokong Islam...Dulu Kini Dan Selamanya dlm Islam...(^^,)

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...