20.4.13

HERMAN TINO BERTANDING BEBAS DI PARLIMEN TANJONG KARANG



Berita Panas P.95:Datuk Seri Noh Omar dicabar CALON Bebas Masron Tamsi atau Herman Tino (yang juga org kuat umno dan sdr mara dia ramai org umno) dan calon PAS, Drs Rusdhi Deraman.


TANJONG KARANG - Kerusi Parlimen Tanjong Karang menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar ditentang calon Pas, Mohamad Rashdi Deraman dan calon Bebas, penyanyi Herman Tino pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
Ketiga-tiga calon itu menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon, Dewan Dato Hormat di sini pagi tadi.
Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, yang merupakan anak jati Tanjong Karang dilihat hanya hadir bersama seorang pencadang dan penyokong.
Beliau popular dengan lagu antaranya seperti Berkorban Apa Saja, Yale Yale dan Makan Sirih. - Kosmo!




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...