Google+ Followers

Search This Blog

Loading...

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

PROMOSI OKTOBER KLIK GAMBAR

Wednesday, 17 April 2013

TIDAK AMBIL TAHU SOAL POLITIK? JANGAN JADI SEPERTI BINATANG TERNAK!!!


Ramai yang di antara kita yang tidak suka untuk  ambil tahu soal politik yang berlaku dalam negara kita. Malah, mereka tidak mendaftar untuk mengundi pun walaupun Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) kian menjelma. Bagi mereka, politik adalah sesuatu yang kotor dan hanya menggalakkan perpecahan.
Tidak ambil tahu soal politik - Persoalan ini sememangnya amat menarik. Sesetengah rakyat Malaysia tidak ambil tahu soal politik dan langsung tidak ambil peduli mengenai soal kepimpinan negara dan situasi politik yang berlaku di Malaysia. Mereka tidak peduli siapa yang mereka undi dan ada yang langsung tidak pergi membuang undi.
Antara alasan yang selalu diberikan adalah :
  • Politik membawa pepecahan kepada umat melayu dan agama Islam
  • Kedua – dua pihak (pembangkang & kerajaan) adalah sama sahaja. Kedua – duanya kotor.
  • ikut je mana-mana pun. menang jadi arang kalah jadi abu
  • Negara kan da aman, kenapa nak ambik tahu hal politik?
Begitulah beberapa respon  sebahagian kecil orang kita, rakyat Malaysia. Sikap tak ambil kisah  kerap menjadi sandaran golongan selesa di Malaysia.  masing-masing tidak peka dan tidak mengambil kisah bahawa setiap undi itu berharga.
”Orang buta yang paling teruk ialah buta politik. Dia pekak, tak nampak dan tidak mengambil bahagian dalam dunia politik. Dia seolah-olah tidak mahu peduli dengan kos sara hidup, harga bijirin, harga tepung, harga sewaan, kos perubatan, sedangkan semuanya bergantung kepada keputusan politik.
Dia syok sendiri dengan sikapnya yang tidak ambil peduli soal politik dan dengan megah mengatakan dia benci politik. Dia tidak tahu bahawa kedunguan daripada sikap berkecualinya itu menyumbang kepada pelacuran, pengabaian kanak-kanak, masalah jenayah yang berleluasa dan perkara yang paling teruk adalah ianya menyumbang kepada korupsi di dalam kerajaan dan eksploitasi daripada badan-badan korporat,”
― Bertolt Brecht
Menurut Ustaz Hasrizal Abd Jamil,
Tidak ambil tahu soal politik, tak peduli, tidak mahu mengambil tahu, tidak kisah.  Namakan apa sahaja, ia memberikan maksud pilihanraya, proses demokrasi di negara kita dan percaturan politik yang mencorakkan kehidupan mereka secara kolektif, tidak dianggap penting sama sekali.
Ketidak pedulian itu mungkin kerana sudah muak dengan politik negara yang tidak ke mana. Yang memerintah semakin parah, yang mahu menjadi alternatif, belum dapat dilihat kewibawaannya sebagai pengganti.
Kita semua (anak muda) bukan ada masa untuk mendengar celoteh ahli politik, baik di pentas mana sekali pun, jika celoteh itu hanya cakap kosong, retorik dan jauh dari pembaris idealisma orang-orang muda.
Akhirnya lama – kelamaan mindset seperti ini menghasilkan manusia tidak jelas tujuan dan maksud hidupnya. Hingga tiada apa yang perlu difikirkan kecuali 5 rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin.

Tidak Ambil Tahu Soal Politik Seperti Binatang Ternak?

Pernahkah anda melihat kambing keluar kandang pada waktu pagi dan berazam untuk menjadi kambing yang lebih baik dari semalam? Pastinya tidak. Setiap pagi, apa yang difikirkan oleh seekor kambing ialah, apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini, dan itu sahaja. Malang sekali, banyak manusia hidup dengan falsafah yang sama.
Binatang ternak yang tertambat di batang pokok menunggu saat sembelihan. Bagaimana kelakuannya? Jika anda mengasah pisau, apakah lembu kambing itu akan kecut perut memerhatikan pisau atau matanya sibuk merenung rumput hijau yang lazat segar mengelilingi dirinya? Pasti sahaja, lembu dan kambing hanya berfikir tentang rumput dan perut.
Malang sekali, bagi manusia yang hidupnya sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat dan kahwin, jika kita ceritakan kepadanya tentang perancangan musuh terhadap kita, penindasan dan korupsi, ketidak adilan dan kebejatan sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal rumput, makanan dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan perutnya semata-mata.
Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A'raaf 7: 179]
Mengapa tidak ambil tahu soal politik?
Ketika ingin menggerakkan kapal terbang, juruterbang terbaik dipilih bagi menjamin keselamatan penumpang dan krew kapal, tidak lupa si juruterbang yang dipilih.
Sekarang, dalam soal membina rumahtangga dan persahabatan, Rasulullah telah mengingatkan kita pilihlah dari kalangan suami atau isteri dan sahabat itu dari golongan yang beragama serta taat pada agamanya (Islam).
Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas! Mengambil tahu soal politik itu satu kewajipan!
Akhir sekali, ramai yang mengatakan politik akan menghancurkan umat dan agama Islam di negara ini. Adakah alasan ia benar dan munasabah? Adakah kerjasama parti politik islam dengan parti bukan Islam itu sesuatu yang amat membimbangkan?
Sumber rujukan : Ustaz Hasrizal Abd Jamil (SaifulIslam.com)



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

1 comment:

  1. Kupasan yang cukup bernas dan bertenaga.Tak faham juga baik jadi lembu...ada juga harganya.

    ReplyDelete

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)
~Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan… (Al-Maaidah 5:8)
''Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya.''

(Imam As Syafie)
”... maka bertawakal lah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika ALLAH menolong kamu, maka tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah ALLAH (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada ALLAH jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" (Imam Hasan Al-Basri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..

tanpa mereka siapalah saya....:))

dr 11 /03/2011