Mahathir Lwn Husam Musa di Putrajaya?

By
Advertisement


Mahathir Minta Tanding di Putrajaya?

       
                                                                                                                 
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad katanya berminat untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pilihan raya ke-13 dengan diberikan peluang menjadi calon. Khabarnya kawasan pilihan atau diharap-harap Mahathir ialah Putrajaya.


Mahathir katanya tidak menyuarakan sendiri hasrat itu tetapi diisyaratkan menerusi seorang khadamnya yang telah berjumpa dengan wakil peribadi Najib semalam. Mahathir katanya berubah angin apabila mendapat tahu PAS telah megumumkan Husam Musa sebagai calonnya di Putrajaya.

Khadam Mahathir itu memberi tahu wakil peribadi Najib, Mahathir bimbang dengan keupayaan Teuku Adnan Teuku Mansor untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan. Dari tinjauan dan kajian di pejabat Yayasan Perdana, - pejabat operasi Mahathir, pegawai kerajaan mungkin mendapat pilihan baru kalau Husam diletakkan bertanding di Putrajaya.


Katanya diukur dari segi kredibiliti, idea dan syaksiah diri Husam jauh lebih baik berbanding dengan Teuku Adnan yang pernah dilumuri dengan skandal perjudian di Genting. Secara tidak langsung Mahathir mengakui akan kehebatan Husam sebagai pemimpin masa depan.

Kononnya untuk memastikan kerusi Putrajaya selamat dan menjadi satu-satunya kerusi selamat dalam Wilayah Persekutuan apabila kerusi parlimen Setiawangsa juga cemas, Teuku Adnan perlu ditukar dan calon terbaik ialah Mahathir. Sumber itu menyebut Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Putrajaya.

Bagaiaman pun sumber lain menyebut hasrat Mahathir itu sudah pun dimaklumi Najib dan Najib sendang mempertimbangkan permintaan berkenaan. "Saya tidak fikir Najib sedia untuk memberi kebebasan begitu sekali kepada Dr M, sehingga menerima permintaanya untuk menjadi calon," kata sumber itu. Masa ini Mahathir adalah pengarah atau master mind Umno untuk pilihan raya ini. Katanya semua tindakan ataupun strategi berkaitan dengan pilihan raya ini Najib terlebih dahulu mendapat arahan atau signal dari Mahathir.

Dari desas desus ini jelas menunjukkan Mahathir masih terliur dan berminat untuk menjadi wakil rakyat atau pun sekadar berada di dalam parlimen. Sementara itu dalam perkembangan lain Mahathir dikatakan telah memberi kata dua kepada Najib atas kapastitinya 'pengtarah pilihan raya BN' agar tidak memberi watikah kepada Abdullah BAdawi sebagai calon di Kepala Batas.

Mengenai kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah pula, semalam Teuku Adnan Teuku Mansor telah menghadap Tengku Razaleigh untuk menyampaikan watikah sebagai calon BN di parlimen Gua Musng. Najib dan Umno tidak ada pilihan lain melainkan 'terpaksa' mengambil Tengku Razaleigh sebagai calon untuk menyelamatkan kerusi berkenaan.[wm.kl.1:15 pm 10/04/13]

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.