2.2.13

(Video) Trak Berisi Mercun Meletup Musnahkan Lebuhraya di China


Kejadian menyebabkan sebahagian lebuh raya di Mianchi, wilayah Henan musnah manakala 25 kenderaan terhumban kira-kira 30 meter ke bawah.

Agensi berita Xinhua, yang memetik kenyataan pihak bomba melaporkan sembilan orang disahkan terbunuh namun hanya enam daripada 25 kenderaan yang terhumban ditemui.
Kejadian  berlaku 90 kilometer ke barat Luoyang, ibu kota purba China yang dikenali dengan patung Buddha yang terukir daripada batu kapur.
Bunga api amat popular sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bagi memenuhi permintaan, bunga api dibuat, dihantar dan disimpan dengan kuantiti banyak, dalam keadaan tidak selamat.
Beberapa kejadian kemalangan berlaku pada 2006 dan hari pertama Tahun Baru, sebuah gudang bunga api meletup di sebuah kuil di Henan membunuh 36 orang dan mencederakan berpuluh yang lain. – AP




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...