2.2.13

Salman Khan Hadapi Tuduhan Membunuh



MUMBAI: Aktor Bollywood, Salman Khan menghadapi tuduhan cubaan membunuh kerana terlibat dengan kemalangan maut dalam kejadian lebih sepuluh tahun lalu.
Jika sabit kesalahan aktor itu berhadapan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga sepuluh tahun.
Peguam kepada Salman iaitu Deepesh Mehta berkata, mahkamah telah menerima permohonan pihak pendakwa untuk mendakwa Salman kerana membunuh dan bukannya kes menyebabkan kematian kerana kecuaian yang hanya memperuntukan penjara maksimum selama dua tahun.
Dalam kejadian pada September 2002, seorang lelaki terbunbuh sementara tiga lagi cedera apabila Salman didakwa merempuh keretanya ke dalam kumpulan orang gelandangan yang tidur sekitar kaki lima di Bombay.
Perbicaraan kes tersebut akan diadakan pada 31 Mac ini selepas sekian lama tertunda di mahkamah India yang terkenal dengan kes-kes tertangguh. - AP


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

1 comment:

siti nur atieqah said...

really salman khan sggup wat cmtu? mungkin jgak r, dia kn kaki minum.. lagipun dulu masa kapel dgn aishwarya rai, dia salu pukul aishwarya rai..

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...