Kisah Seram - Pramugari ditiduri hantu raya

By
Advertisement




TINGKAP di bilik utama dipercayai menjadi laluan masuk hantu raya ke dalam rumah Keena.

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah 
teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur 
semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. 
Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh 
setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 
di Sepang.


Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba 
pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang 
melekat pada cermin pemisah bilik airnya. Dek terlalu letih,  
Keena tidak banyak berfikir. 
Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar 
yang tersesatke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian 
objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga 
hitam yangdiletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan 

kejadian pelik di rumahnya. 
Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang 
anak lelakinya.Malah, adik perempuan Keena mendakwa 
pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri 
di atas bumbung rumahnya. 
Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, 
rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising 

hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani 
tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan 
benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. 
Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering 
menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan 
azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.




SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya 
selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan 
mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan 
makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi 
Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan 
seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami
banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. 
Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami 
terputus tanpa sebab. 
Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun 

hanya tinggal seminggu lagi. 
Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar 

perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. 
Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia 
membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. 
Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang 
oleh seekor ular besar berwarna hitam. 
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu 
daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada 
jalan utama ke kawasan rumah saya, 
konvoi kami dihalang oleh ular itu.

Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada 

betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang 
menonton rancangan National Geographic secara langsung. 
Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” 
tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, 
Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita 
akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di 
kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak 
zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan 
kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang 
bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap 
terganggu kerana terdapat kesan 
lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu 

setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan 
dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia 
disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan 
tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang 
selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” 
tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau 

makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan 
bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci 
berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. 
Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri 
sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan 
alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan 
azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi 
dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan 
sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan 

azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. 
Seterusnya akan kedengaran 
bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan 
harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas 

ia dihalau. 
Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” 
kata Shamsuri.


Kosmo

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.