18.2.12

Haiwan Aneh Yang Bentuknya Seperti Alat Kelamin Lelaki




Sekali imbas, ia kelihatan seperti alat kelamin lelaki. Sebenarnya ia adalah sejenis haiwan laut yang luar biasa. Ia dipanggil Geoduck atau saintifiknya, Panopea Generosa

Biasanya, siput Geoduck berukuran 15 sentimeter (5.9 inci) hingga 20 sen­timeter (7.9 inci) dan muncungnya boleh mencapai 1 meter (3.3 kaki) panjang. Berat siput ini boleh mencapai 15 pound (7.5 kg) sekiranya panjangnya mencapai 2 meter (6.5 kaki) . Haiwan ini selalunya ditemui di kawasan terpencil dan cetek. Bagi masyarakat China, Jepun dan Barat, Geoduck dijadikan makanan pe­nam­bah kesihatan. Ia menjadi makanan ke­gemaran mereka yang berpendapatan tinggi.

Di restoran-restoran Cina dan Jepun, siput Geoduck ini dipamerkan di dalam ba­lang air bagi memberi peluang kepada penggemar makanan ini memilih sendiri saiz siput yang mereka suka. Selain dijadikan makanan di restoran, siput Geoduck juga diproses untuk dijadikan ubat. Ia dikeringkan sebelum dipotong halus dan disalut dengan herba-herba pilihan.

Seorang pemilik Restoran Makanan Laut Tsukiji di Tokyo, Jepun, Akishi Namamoto, 45, ramai pelanggannya terdiri daripada penggemar makanan siput Geoduck.

“Makan ini berkhasiat walaupun ia mahal. Ramai yang gemar makanan ini kerana ia berperisa dan mampu memberi kekuatan ke atas seseorang,” ujarnya. Hampir 80% pelanggannya adalah penggemar makanan ini kerana ia sukar ditemui di restoran lain. Ia menjadikan Restoran Tsukiji menjadi tumpuan ramai.









Setiap siput Geoduck yang dipamerkan di dalam balang mempunyai pelekat harga dan nombor bagi membolehkan pengge­marnya memilih mengikut kemam­puan mereka.

“Saya gemar makan siput Geoduck kerana ia berkhasiat dan berperisa. Ia juga memberi kekuatan badan selain boleh memulihkan penyakit,” kata Katharen, 35, seorang pengunjung dari Amerika Syarikat yang bercuti di Jepun.

Tambahnya, amat sukar untuk men­dapatkan siput jenis ini kerana per­min­taannya agak terhak, malah sukar untuk menda­patkannya di restoran-restoran laut yang lain.

Geoduck hidup di dalam laut dan banyak ditemui di perairan Australia, New Zealand, China, Jepun dan beberapa negara yang mempunyai perairan luas.Haiwan ini adalah spesies siput yang mempunyai muncung panjang di hadapan. Ia dianggap haiwan atau siput pelik kerana bentuknya yang unik


Baca Seterusnya: http://meeudangpenang.blogspot.com




No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...