Siapa pulak yang tak puas hati dengan Liza Abdullah niiii???

By
Advertisement
Gossipppp.......gossiiiipppp.....
hehe...mana ada.
cuma nak bagi tau aku suka je tengok pelakon ni berlakon.
memang tak dinafikan la asik-asik muka dia je kan keluar tv.
tapi aku suka.... dia jadi mak memang best tambah jadi mak si Zara dalam vanila coklat....hihikkk
ingat tak dia jadi mak si Zikir dalam citer Tentang Dhia....alaahhhh menyampahnyaaaaa!!!!
pada yang tak suka tu.... sabar ekkk.... jangan jeles-jeles.

Liza Abdullah Terkilan Disindir Bolot Tawaran Berlakon
SEDONDON... Liza Abdullah bersama anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq.
KUALA LUMPUR: Pelakon Liza Abdullah mengakui agak terkilan dengan sindiran sesetengah pihak yang seolah-olah melihat dia seperti membolot tawaran berlakon kerana kerap muncul di televisyen sejak kebelakangan ini.
Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah,48, berkata, walaupun tidak mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius namun jauh di sudut hatinya agak terasa apabila dipersendakan sedemikian.
“Saya harap janganlah ada orang yang buruk sangka kepada saya apabila melihat saya kerap muncul di televisyen. Semua itu secara tidak sengaja. Penggambaran setiap drama dilakukan berbeza tetapi tidak sangka pula kadang-kadang ia disiarkan secara serentak di kebanyakan stesen televisyen,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.
Antara drama lakonan Liza yang sedang ditayangkan pada ketika ini ialah BFF dan Vanila Coklat di TV3 serta Bukan Aku dan Ku Sangka 2 Rupanya 3 untuk RTM.
Dalam masa yang sama dia turut sibuk menjalani sebuah penggambaran drama seram serta tiga buah filem terbitan MIG Production.
Liza memberitahu, antara faktor dia mendapat banyak undangan berlakon sejak kebelakangan ini kerana mengamalkan disiplin diri yang tinggi serta tidak menimbulkan masalah kepada pihak produksi.
Jelas Liza, selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, faktor itu telah mendorong untuk dia mendapat peluang berlakon walaupun ketika pelakon-pelakon baru semakin ramai mewarnai dunia seni tanah air.
“Saya tidak pernah timbulkan masalah dengan mana-mana pihak. Mungkin dengan cara itu orang mudah untuk berurusan dengan saya."Syukurlah kerana ia akhirnya memberikan kesenangan kepada saya apabila tawaran berlakon tak putus-putus saya terima. Syukur kepada Allah,” katanya.
Ditanya siapakah lelaki tinggi lampai yang sering dilihat bersamanya Liza memberitahu, individu berkenaan adalah anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq Zolkefli,23, yang merupakan pelajar dalam bidang perniagaan antarabangsa di sebuah kolej di sini.
Selain Zulhaffiz Zarriq, Liza turut memiliki tiga lagi anak iaitu Nur Naffiz Syahiddah,19, Zulsyahmi Naqib,10, dan Zulsyahmi Afif,8.
“Saya harap tak timbul pula gosip mengatakan saya intim dengan lelaki muda pula lepas ni ya,” selorohnya

mstar

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.