11.1.13

2 Video: Kereta JPJ Dibakar Selepas Terlibat Kemalangan


Wah ini betul-betul kecoh ni.
Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.
Difahamkan 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut.
Tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.
Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.
Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.
Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah “bakar!”
Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.
Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.
van jpj dibakar 2
Di saat kita menuntut agar orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri, kita juga mahu pihak berwajib dapat memahami yang undang-undang juga harus ditegakkan secara berhemah.
Jika kita mahu rakyat rasional, pelaksana undang-undang sendiri kena berhemah dan menunjukkan contoh yang baik agar ia dapat dicontohi oleh masyarakat secara keseluruhannya.
Pasti ada sesuatu yang membuatkan orang ramai cukup marah dengan kejadian ini. (mynewshub)
van jpj dibakar








Menurut saksi tempat kejadian Kemalangan ini berhampiran dengan kawasan sekolah .
JPJ yang sedang cuba  BLOCK lori yg membawa lebihan muatan ketika LAMPU
 ISYARAT SEDANG HIJAU dan  kereta laju kejar lampu ISYARAT
seterusnya berlakulah perlanggaran antara 10 buah kenderaan terbabit,,!!!
(sumber)



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

2 comments:

Unknown said...

terbaekkk... Sngt halus,tht's why la aiyang disayang,sayang menyayangi.. Sementara masih sayang,jangan smpy hilang sayang.. Sayang sudah terlambat.. Sayang mintak maaf ea sayang..

Unknown said...

kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. moga kita dijauhkan dari kecelakaan.

Blog Saya: KaoshiDroid

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...