Mula-mula kena baca pendedahan pasal Kapten Darwin ni dulu ( KLIK SINI )
dan akhirnya setelah menunggu selama beberapa hari akhirnya tertangkap juga Kapten licik nih.
Kuala Lumpur: Berbekalkan janji manis dengan tawaran kerja di syarikat penerbangan terkemuka, seorang Kapten dikesan memperdaya lebih 10 ahli perniagaan dan pelancong asing berusia 50-an yang inginkan anak mereka menjadi juruterbang.
Dikenali sebagai Kapten Darwin, suspek yang menonjolkan penampilan profesional akan menghampiri mangsa, sebelum memperdaya mereka dengan menjanjikan pekerjaan sebagai juruterbang untuk anak mangsa selepas mendakwa dirinya seorang juruterbang profesional berpangkat tinggi dan berpengaruh.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata selepas tertarik tawaran diberikan, mangsa dipelawa ke pusat beli-belah terkemuka di sini sebelum suspek meminta untuk dibelikan beberapa barang berharga dan berjenama, selain berjanji membayar balik barang berkenaan.
Bagi meneruskan perbincangan tawaran diberikan, suspek kemudian mengarahkan mangsa menempah bilik hotel sebelum memberikan mangsa minuman yang diisi pil tidur hingga mengakibatkan mangsa terlena beberapa jam.
Selepas mangsa terlena, suspek akan mengambil kesempatan melarikan barang berharga mangsa, termasuk beg duit, telefon bimbit serta kad kredit sebelum menghilangkan diri, katanya ketika ditemui semalam.
Bagaimanapun, taktik licik suspek berusia 46 tahun dan mendakwa dirinya juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu berakhir apabila dia ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di Jalan Putra, di sini, kira-kira jam 2.45 petang kelmarin.
Zainuddin berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah menggunakan modus operandi sama sejak September tahun lalu iaitu mensasarkan golongan bapa berusia 50-an ke atas yang berada di restoran mewah dan lobi hotel di sekitar ibu negara
Katanya, hasil siasatan susulan suspek bukan seorang juruterbang seperti didakwa, malah tidak pernah berkhidmat dengan mana-mana syarikat penerbangan dan hanya mempunyai angan-angan menjadi juruterbang.
Beliau berkata, pemeriksaan ke atas suspek turut membawa kepada penemuan semula telefon bimbit jenis iPhone, Blackberry dan Samsung serta kad kredit, komputer riba dan wang tunai milik beberapa mangsa yang menjadi sasarannya.
Mula-mula aku membayangkan Kapten Darwin ini adalah seorang lelaki yang kacak dan berkarisma hebat sehingga orang-orang yang di'ayat'nya akan terpesona dan hanyut. Mesti dia hensom macam ni
atau paling kurang pun macam ni
sekalinyaaaa..............
spm pangkat 2 sahaja!
keletukkkk.....
rasa nak ketuk kepala
macam mana orang boleh percaya rupa macam ni seorang kapten?
patutlah hanya lelaki sahaja yang jadi mangsa.... tak ada taste langsung!
sumber: hasil sok sek sok sek dengan makcik-makcik kepoh
sumber: hasil sok sek sok sek dengan makcik-makcik kepoh
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
No comments:
Post a Comment