20.10.12

(Video) Lagu Harapan Bangsa-Jaclyn Victor Didakwa Menghina Penganut Agama Islam


Rasa janggal sebab rasanya ini lah kali pertama dengar penganut agama lain (selain Islam) menyanyikan lagu memuji tuhan mereka dalam bahasa melayu.... (ke aku je yang tak pernah tau) atau ada agenda tersembunyikah??? Ada unsur politik?
Tapi aku setuju lirik lagu tu kurang sesuai - part yang setiap kaum, setiap suku, setiap bangsa..... sebab itu bermakna Melayu pun termasuk sekali. Bagi penganut agama lain memang la engkorang tak rasa pape..... tapi bg yg beragama Islam isu ni sensitif okeyyy!



Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan digesa menyiasat lagu Harapan Bangsa nyanyian Jaclyn Victor yang didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama lain di negara ini.



Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya didapati lagu berkenaan benar-benar mempunyai unsur seperti didakwa, tindakan berlandaskan undang-undang perlu diambil segera.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran memberitahu, lagu berkenaan tidak sesuai disiarkan kerana bimbang akan menimbulkan keresahan dalam kalangan penganut agama lain yang mungkin menganggapnya sensitif.

"Setelah meneliti lirik lagu ini, pada rangkap korusnya ada menyebut `setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah (takhta) mu' memberi gambaran seolah-olah orang Melayu Islam juga begitu.


"Dia (Jaclyn) kena sensitif, dalam lirik itu juga jelas menunjukkan `Yesus (Jesus) adalah tuhanku'. Kalau dia sebut setiap penganutmu, orang faham penganut agamanya (Kristian) saja tetapi jangan sebut setiap suku, kaum dan bangsa di negara ini yang turut meliputi orang Melayu.

"Saya harap Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan boleh merujuk perkara ini kepada Jakim untuk memastikan sama ada lagu berkenaan benar-benar menyentuh soal akidah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

3 comments:

Unknown said...

Kadang2 perkara macam ni memang terlepas pandang. Mungkin penulis lirik tidak prihatin atau memang tidak tahu...kitalah yg sepatutnya memelihara agama suci kita dgn peka dan bertindak sewajarnya.

Honeybee said...

this song is for christian

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...