Datuk Jamal ternyata seorang usahawan. Walaupun beberapa buah restoren ikan bakar sudah ditutup dan dilelong tapi itu tetap tidak patahkan semangat beliau nampaknya. Terkini Datuk Jamal telah membangunkan sebuah resort pula di Sekinchan.... projek tersebut menelan belanja 12 juta tuhhh.....errrr tahniah Datuk! Pasni Datuk jangan la carik pasal lagi dengan rakyat Malaysia....kang tak pasal2 jeee.....kena boikot lagi. Jom tengok hotel dan resort beliau....
Hotel Pictures
Landscape of Resort
|
Landscape In Front of Room
|
Sekin Hotel & Resort : Outlook View Of the Room
|
Sekin Hotel & Resort : Room Front View
|
Sekin Hotel & Resort : Room View
|
Room View for Sekin Fisherman Village Hotel & Resort
|
Reception Counter for Sekin Hotel & Resort
|
Sekin Hotel & Resort : Reception Area
|
Look Out Point at Sekin Hotel & Resort Sekinchan
|
Sekinchan Ikan Bakar at Sekin Hotel & Resort
Restaurant at Sekin Hotel & Resort (Sekinchan Ikan Bakar)
|
Room Rate
Standard Room Promotion : Current promotional rate is RM 69.90++. (1 Queen size bed)
Superior Room Promotion: Current promotional rate is RM79.90++. (1 King size bed large area room)
Superior Deluxe Room Promotion: Current promotional rate is RM 89.90++. (1 Queen size bed + 1 Single bed large area room)
Room Facilities:
- ASTRO channels
- Coffee/Tea making facilities
- Iron & Iron Board
- Hair Dryer
- Mini Fridge
- Air conditioner + ceiling fan
- Hot/Cold Shower
Above promotion room rate just for your reference, we are not update the room rate time to time. Please call Sekin Hotel & Resort for latest room rate.
Baca laporan di sini
JENAMA Sekinchan Ikan Bakar tidak perlu lagi diperkenalkan kepada rakyat negara ini, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat yang menetap di sekitar Lembah Klang.
Kejayaan Pengasas dan Pengarah Urusan restoran tersebut, Datuk Jamal Md. Yunos sering kali menjadi penanda aras kepada golongan usahawan muda terutamanya dalam kalangan bumiputera untuk berusaha gigih mengecapi kejayaan serupa.
Meskipun Jamal sangat sinonim dengan perniagaan makanan tetapi jangan terkejut sekiranya selepas ini beliau akan dikenali pula sebagai usahawan perhotelan.
Mungkin ramai tidak tahu, dalam Jamal berusaha mengembangkan perniagaan restorannya ke seluruh negara, beliau juga merancang dan memasang impian untuk membangunkan sebuah resort.
Menggunakan nama Sekin Hotel & Resort, 'buah tangan' terbaru Jamal itu bakal memulakan operasi secara rasmi pada November depan.
Menurut Jamal, fasa pertama projek yang dibangunkan di kampung halamannya, Sekinchan, Selangor itu menelan belanja kira-kira RM12 juta.
Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas 25 hektar itu dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun hadapan.
"Ketika ini fasa pertama hampir siap dan akan dibuka secara rasmi pada November nanti, manakala fasa kedua juga telah bermula. Kedua-dua fasa ini meliputi 10 hektar keluasan tanah, tanah selebihnya saya merancang untuk membina sebuah taman tema di sebelah resort, itu untuk fasa ketiga.
"Sebenarnya, resort ini telah mula beroperasi secara tidak rasmi sebelum sambutan Aidilfitri lalu sebagai prapelancaran untuk menilai reaksi orang ramai terhadapnya. Alhamdulillah, sejak dibuka, walaupun belum siap sepenuhnya, resort ini sentiasa menerima tempahan khususnya pada hari minggu dan cuti umum," katanya yang ditemui Mingguan Malaysia di resort miliknya di Sekinchan, Selangor baru-baru ini.
Katanya, fasa pertama tersebut juga meliputi kolam memancing ikan, restoran Sekinchan Ikan Bakar, kawasan ternakan arnab serta menara tinjau.
"Bilik yang disediakan di resort ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas termasuklah menyediakan siaran Astro. Selain itu, saya boleh memberi jaminan harganya adalah murah serta berpatutan sesuai dengan lokasinya di kawasan perkampungan nelayan di tepi pantai.
"Pengunjung boleh memancing pelbagai jenis ikan di kolam yang disediakan dan hasil tangkapan boleh diserahkan kepada restoran untuk dimasak mengikut cita rasa mereka. Kami juga menyediakan kemudahan kepada pelancong mengikut nelayan menjala ikan di tengah lautan menaiki bot yang disediakan.
"Menara peninjau akan menjadi antara daya penarik pelancong ke resort ini. Menara setinggi 100 meter ini membolehkan pengunjung melihat suasana indah lautan selain merasai nikmat angin bayu di kawasan tinggi di tepi laut," jelasnya.
Untuk fasa kedua pula, anak kelahiran Sungai Leman, Sekinchan itu berkata, ia meliputi pembinaan surau, dewan pelbagai guna serta bilik mesyuarat.
Menurut Jamal, apabila resort berkenaan siap pada Jun 2013 nanti, sebanyak 158 bilik disediakan dan terdapat 30 chalet tepi pantai akan dibuka kepada pengunjung.
"Chalet-chalet ini juga meliputi pelbagai kemudahan asas seperti yang ada pada bilik-bilik biasa di dalam resort. Setakat ini, pembangunan resort berjalan dengan lancar dan saya komited ia mampu disiapkan seperti dirancang.
"Fasa ketiga masih dalam perbincangan. Saya bercadang untuk membangunkan taman tema tetapi masih belum membuat sebarang keputusan rasmi mengenainya," ujarnya.
Kejayaan Jamal ini harus menjadi penyuntik semangat kepada usahawan-usahawan lain khususnya dalam kalangan orang Melayu serta masyarakat bumiputera untuk terus maju.
Jamal berkata, negara serta kerajaan sedia ada memberi banyak peluang perniagaan kepada golongan tersebut dan mereka sewajarnya merebut peluang yang telah terhidang.
"Jangan sampai orang luar masuk ke negara kita dan mengambil peluang yang seharusnya menjadi milik kita," jelasnya.
Banyak dugaan telah ditempuhi Jamal sepanjang bergelar ahli perniagaan berjaya khususnya daripada pihak-pihak yang cemburukan kejayaannya.
Menurut Jamal, sejak kebelakangan ini wujud segelintir pihak yang cuba menghancurkan perniagaannya dengan menyeru orang ramai memboikot restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya menerusi medium internet.
Jamal bagaimanapun tidak mudah melenting dan menerima dugaan itu sebagai cabaran kepadanya untuk terus berjaya.
"Saya tahu wujud pihak yang iri hati. Saya tengok blog-blog yang mengajak orang ramai boikot restoran saya, saya tidak takut, saya hanya perlu berusaha lebih gigih, kalau kita ikhlas, tuhan akan tolong dan terbukti apabila kini saya mempunyai sebuah resort sendiri.
(iri hati.... ye ke iri hati? haishhh..... tak sedar2 lagi rupanya dia)
"Untuk berjaya dalam perniagaan, perkara seperti ini adalah lumrah dan kita perlu hadapi. Jangan cepat melatah dan putus asa apabila ada orang berbuat demikian kepada kita, sebaliknya terus bertahan dan buktikan bahawa kita tidak mudah ditewaskan dengan perbuatan dengki seumpamanya," ujarnya.
NAK TENGOK RUPA RESORT DATUK JAMAL ?
KLIK SINI
ps: Datuk.... orang kat luar sana dah lama ternanti-nanti hadiah lamborgini ....apa citernya...senyap jer!!!
No comments:
Post a Comment