http://www.dallasblack.com/entertainment/dtot |
Texas – Seorang ibu berhati `binatang’ yang telah membelasah dan melekatkan tangan anaknya ke dinding dengan gam, akhirnya menerima balasan selepas dia dihukum penjara selama 99 tahun, dalam kes yang mengejutkan masyarakat itu.
Elizabeth Escalona, 23, tidak menunjukkan reaksi apabila hukuman dijatuhkan namun meraung apabila pendakwaraya secara terbuka memintanya mengira berapa banyak lebam yang terdapat pada badan anak kecil itu, Jocelyn Cedillo.
Kanak-kanak berkenaan itu berada dalam keadaan koma selepas diserang ibu sendiri pada bulan September lalu.
Keterangan daripada anaknya menunjukkan Jocelyn telah didera selepas dia kencing merata-marata.
Menurut polis, budak malang itu ditendang di perut, dipukul dengan bekas susu dan diseret ke lantai sebelum tangannya dilekatkan di dinding dengan gam yang kuat.
http://www.blackmediascoop.com/2012/10/09/mom-who-super-glued-babys-hands-to-wall-faces-life/ |
Keadaan itu menyebabkan Jocelyn mengalami pendarahan di bahagian otak, patah tulang, lebam dan terdapat kesan gigitan.
Malah sebahagian kulitnya telah terkeluar daripada tangannya dan doktor turut menemui kes cat putih di dinding pada tapak tangan budak itu.
Jocelyn bersama empat adik beradiknya yang lain, termasuk seorang bayi yang dilahirkan tahun ini, kini dipelihara oleh neneknya.
Dalam pada itu, ketika proses perbicaraan diadakan, pendakwaraya telah memainkan rakaman yang menunjukkan Escalona, pernah mengancam untuk membunuh ibunya, ketika dia masih remaja.
Wanita itu telah menyertai kumpulan gangster pada usia 11 tahun dan turut mengambil marijuana.
Pada mulanya pendakwaraya mencadangkan Escalona dihukum penjara selama 45 tahun, namun dalam penghujahan akhir, mereka menukar hukuman kepada penjara seumur hidup.
Bagaimanapun adiknya merayu supaya Escalona diberikan rawatan pemulihan di sebalik penjara yang panjang itu.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
No comments:
Post a Comment