BANTUL (Indonesia): Seorang penduduk, Supiati, 25, di daerah Harjomulyo,
Ogan Komering Ulu, selatan Sumatera, mengalami penyakit misteri.
Terdapat beribu-ribu paku di dalam tubuhnya menyebabkan dia kesakitan
dan sukar untuk bergerak. “Saya telah bertemu dengan ramai doktor tetapi
kesakitan ini masih berterusan,” kata Supiati, semalam.
dan sukar untuk bergerak. “Saya telah bertemu dengan ramai doktor tetapi
kesakitan ini masih berterusan,” kata Supiati, semalam.
Walaupun telah dibawa ke hospital dua kali oleh bapanya, doktor
hanya menemui bukti paku di dalam tubuhnya selepas pemeriksaan
kedua.
Pengarah Hospital Besar Nur Hidayah, Arrus Ferry berkata, Supiati
akan menjalani pembedahan selepas imbasan X-ray kedua mengesan
paku di dalam tubuhnya.
akan menjalani pembedahan selepas imbasan X-ray kedua mengesan
paku di dalam tubuhnya.
Seorang jururawat, Evariyanti, mengaku dia dan beberapa jururawat lain
mengeluarkan 56 paku dari tapak kaki Supiati.
“Setakat ini, lebih daripada 2,000 paku telah dikeluarkan dan saya
rasa sedikit sihat,” kata Supiati dan tambahnya dia merasa resah
kerana penyakitnya ini kini tersebar luas di kampung Dlinggo di mana
bapanya mempunyai rumah di situ. -
Jakarta Post
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
1 comment:
Ouh, ngerinya... betul ke bukan di yg masukkan sendiri? Pernah jumpa org pakai susuk masuk paku kt thai. *baca buku* huhu~!
Post a Comment