Lihat apa yang ditawarkan di Malai Rock Station ni....

By
Advertisement

Dulu hangat dengan Isu Awie kepala gangster Kumpulan Naga Pekida.
(Awie,  berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)

Sekarang hangat pula isu kelab malam.
Apa nak diharapkan  dengan artis Melayu beragama Islam begini?

Gambar di bawah di ambil dr fb seseorang.
Inilah kelab malam milik Awie.
Dan baru-baru ini Awie di katakan 'naik hantu' bila di tanya pasal kelab malam miliknya.



"Apa salah saya buka kelab malam? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo (Tan Sri Syed Nasir Syed Yusof Wafa) kenapa dia bukak Hard Rock Cafe, Saloma Bistro dan Hotel Concorde. Untuk sembahyang ke?," soalnya Awie.

Penyanyi rock itu juga berharap pertanyaan dan persoalan mengenai hal itu tidak akan lagi diajukan buat dirinya apda masa akan datang. Baginya, mereka seharusnya berhenti mempersoalkan perkara ini kerana bukan mereka yang memberikannya rezeki kepada dia sekeluarga.

"Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi. So, better stop asking this stupid question," tegas Awie yang jelas kesal dengan isu ini kepada murai.com.my.


dah nama pun kelab malam..... takkan jual nasi lemak dan teh tarik pula

Sombong betul kenyataan yg dikeluarkan oleh beliau nih. Seolah2 itu sahajalah rezeki yang ada di muka bumi ni. Hingga tak tau nak beza halal dan haram.

Pekida...... apa fungsi Pekida ni sebenarnya?
Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah???
Apa layak ke orang mcm ni diangkat sebagai ketua?
Ayahanda???
Kalau begini la perangai ayahanda habis rosaklah semua anakanda2 kat Malaysia nih.... aptb!

sumber



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿


6 comments:

kampong lad said...

aku setuju dgn kenyatan dia 101%. dia cari rezeki utk anak pinak dia. tapi yg aku tau rezeki ada dua jenis, halal atau haram. aku tak tau pulak ada kelab malam islam (produk baru kot) selain fesyen & perbankan islam. aku nak buka 4 nombor ekor islam boleh dak? mesti untung punya.

omerta said...

Dah melalut nie...
Yg haram jadi HALAL...
Aduhhhh...

hajar said...

errr... dia pekida ker??? wat malu ahli pekida jerk!!

opisboi said...

dia lupa siapakah yg memberi dia rezeki? nauzubillahminzalik..harap bukan istidraj yg allah kasi dgn kemewahannya itu..sombong!

GeloraHatiMuda said...

glamour sekejap saja...pagi ni apabila cek di busuk.org, dah tak tersenarai langsung. kena tunggu harakahdaily veri bantuan lagi... wakaka

RULZA said...

Semoga allah anugerahkan hidayah untuk dia..amin...

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.