Kulit Mulus bak Gadis Jepun

By
Advertisement
Sudah pasti ramai yang mengetahui kecantikan, kelembutan, kelincinan, kemulusan kulit muka gadis-gadis Jepun. Ramai wanita di luar sana yang cemburu dan ingin mengetahui rahsia kecantikan mereka. Apa yang pasti, antara amalan yang dilakukan oleh gadis- gadis Jepun ini adalah dengan cara kaedah semula jadi sejak turun-temurun lagi. 


Pemakanan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C sentiasa diamalkan oleh mereka kerana mereka percaya vitamin C baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. 

Selain mengamalkan memakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, gadis Jepun juga memanfaatkan azuki iaitu sejenis kacang merah. Mereka menggunakan kacang merah sebagai skrub muka sejak dulu lagi dan hasilnya wajah menjadi lebih halus dan bebas dari jerawat. Bagi mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak, beras merah di gunakan sama kaedah seperti kacang merah. Sumber-sumber ini juga dijadikan sebagai kaedah pengelupasan kulit dengan tujuan menghilangkan sel-sel kulit mati agar kulit muka mereka tampak berseri dan tidak kusam. 

Gadis-gadis Jepun ini juga menggunakan Wakame iaitu sejenis alga yang ditemukan di perairan Jepun. Wakame merupakan bahan semulajadi yang terbaik untuk melindungi kulit daripada sinar ultra violet, mencegah kerosakan kulit, mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata. 

Jadi, jom cantik persis gadis Jepun!




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

1 comments:

Mak Wardah said...

Mereka benar2 jaga kesihatan. Tqvm aiyang

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.