Lantai AL-QUDS Mula RUNTUH Kerana Pengorekan YAHUDI ZIONIS

By
Advertisement


Al-QUDS – Salah satu lantai di bandar Al-Quds telah runtuh pada hari Ahad (28/10/2012) yang lepas. Jalan di Bab Al-Amud yang terletak dalam tembok kompleks kota lama Al-Quds membuktikan bahawa ruang di bawah lantai tersebut telah kosong sedalam dua meter. Lubang sedalam dua meter itu memiliki terowong-terowong yang bercabang menuju ke arah kota lama Al-Quds.

Salah seorang peniaga di Bab Al-Amud menceritakan kepada wartawan, "Pada jam empat petang, ketika salah seorang penduduk berjalan di jalan Bab Al-Amud, ia merasakan lantai yang dipijaknya bergerak-gerak. Pada jam lapan malam, kami dikejutkan dengan runtuhnya lantai tersebut. Ternyata tanah di bawah lantai itu telah kosong sedalam dua meter."






Abu Ahmad Dandis, seorang penduduk berusia 70 tahun yang telah bekerja di Bab Al-Amud selama lima puluh tahun berkata, "Inilah kali pertama sejak 50 tahun, lantai di jalan Bab Al-Amud runtuh. Ini kerana orang-orang Israel melakukan penggalian terowong di bawah lantai tersebut sejak 1980. Penggalian itu dimulakan dari Bab Rumani di bawah Jambatan Bab Al-Amud, menuju ke Mu'sharah dua tingkat di bawah jalan Bab Al-Amud, sehinggalah ke kota lama Al-Quds."

Bab Al-Amud yang terletak di kota Al-Quds merupakan salah satu pintu terpenting menuju kota lama Al-Quds. Dari Bab Al-Amud, pengunjung boleh memasuki kota lama Al-Quds dan kompleks masjid Al-Aqsa. Penggalian zionis Yahudi sejak puluhan tahun ini semakin mengancam keselamatan masjid Al-Aqsa dan kota lama Al-Quds.

Penjajah zionis Yahudi bercita-cita untuk merobohkan masjid Al-Aqsa dan membangunkan Kuil Sulaiman di atas kesan-kesan runtuhannya.


sumber  Pulakdah!  

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.