6.12.12

Terpukau panggilan misteri..... seramnya!!!





KULIM - Kegembiraan sembilan sekeluarga berkelah hampir bertukar tragedi apabila seorang dari mereka nyaris maut ditelan arus putar air di Taman Rekreasi Air Terjun Ulu Paip kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Azwan Amin, 8, berkata, ketika dia bersama beberapa ahli keluarga lain sedang mandi, dia terdengar suara memanggil namanya untuk pergi ke kawasan air deras.

Mangsa kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke arah suara itu dan terkejut apabila ternampak seorang wanita tua turut berada di kawasan air deras itu.

“Nenek itu muncul tiba-tiba. Rambutnya panjang, berpakaian serba putih dan mukanya buruk. Nenek itu terus memanggil dan melambai saya. Saya seperti terpukau dan berjalan sendirian sehinggalah saya terjatuh dan disedut oleh air putar di kawasan itu.

"Saya cuba bangun bagaimanapun terasa bagaikan ada tangan menarik kaki saya. Saya cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya sudah mula cemas dan meminta tolong,” katanya.

Bapa saudara mangsa, Ariffin Mohd Nayan berkata, dia nampak mangsa dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa sebelum berenang ke tempat di mana mangsa terjatuh.

Menurutnya, dia cuba membantu bagaimanapun, tubuh mangsa menjadi terlalu berat dan dirinya juga terasa bagaikan ada tekanan yang menarik dari bawah.

“Saya baca ayat al-Quran dan bertakbir barulah anak saudara saya dapat dikeluarkan dari dasar sungai itu. Bagaimanapun ketika dipapah ke tebing, keadaannya lemah dan badannya bercalar-calar seperti dicakar.

"Tangan saya turut lebam dan terdapat kesan sama. Kalaulah tidak ada sesiapa menyedari kejadian ketika itu, saya percaya anak saudara saya sudah lemas,” katanya.

Ariffin meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) meletakkan papan tanda amaran kerana kawasan itu berisiko tinggi untuk perkelahan kerana lebih lima kejadian lemas sudah dilaporkan berlaku," katanya. sumber


ps: seramnya! terbayang rupa mak lampir . Apa pun alhamdulillah kerana terselamat. Saya memang takut air....  jika berkelah di sungai saya hanya akan masuk ke kawasan yang airnya cetek dan jernih yang saya boleh nampak pasir di bawahnya. Saya memang mudah membayangkan macam2.  Dulu masa kecil memang selalu mandi sungai berhampiran rumah tapi airnya jernih hingga nampak anak2 ikan berenang. Bila hujan dan air menjadi keruh  dan dalam saya terus tak berani. Ohhh..... pobia saya bukan setakat itu sahaja.... merenung ke dalam perigi pun boleh buat saya tak tidur malam. Teringat zaman belajar dulu pergi ke Penang dgn kwn2..... saya pejam mata rapat2  masa bas melalui atas jambatan P. Pinang tu ...ngeee.... Sekarang ok sikit. Tapi yg menjadi masalah saya selalu bermimpi berjalan di tepi laut.... atau berenang di sungai.... waaaa.... sangat tak suka mimpi begitu.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...