11.12.12

Datuk Yahya Sulung dan Isteri Diusir Keluar Rumah



Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
“Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan,” ujarnya.
Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.

Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.
Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
“Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah,” ujarnya.


www.nescafeais.com





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

4 comments:

Asrul Sani said...

1. Masa kau orang si bahlul bahlul recommendkan title "datuk" pada artis veteran ini dulu, kenapa kau orang tak peruntukkan seratus dua ratus ribu imbuhan agar beliau dan isteri tidak hidup tersepit.

2. Alangkah malunya mempunyai PM yang bercakap berdegar degar transformasi itu ini bagaikan nak runtuh langit dibuatnya...juga Menteri Penerangan yang hanya pandai tutuh bibik dan mengampu sepanjang masa, sedangkan nasib beberapa artis veteran tidak mampu dibela. Akan datang artis veteran Mariani pulak akan merempat......

panji master said...

wah datuk pun merempat gak... sebenarnya buat apa title datuk tu yerr.....

memalukan negara jer politik malaysia ni...

Kata-Kata Semangat Tokoh Terkenal Dunia

http://panjisemarang.blogspot.com/2012/11/kata-kata-semangat-tokoh-terkenal-dunia.html

abdul aziz said...

sepatutnya persatuan seniman wajar memberi perhatian kepada ahli yang dah berumur...buat malu aja persatuan seniman ni..

Admin said...

HMm kasihan nasib mereka ini.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...