23.12.12

Panasss.....Tv3 diserang!!! (Gambar)

kredit gambar - Orenji Ren Oren










Kerana biadapnya mulut mazidul yang dengan sengaja dikatakan cuba menjatuhkan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi, TV3 telah diserang oleh kira-kira 300 orang penunggang motosikal berkuasa besar.

Walaupun seri pentas dijaga rapi oleh sepasukan 30 orang anggota polis, tetapi  Kumpulan tersebut, terdiri daripada kelab Motor Corner dan ARC Selangor, berjaya menyerahkan memorandu mendesak  program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

Dan lebih dari itu mereka mendesak mazidul mulut longkang perasan baik memohon maaf secara terbuka kepada mereka.

Walaupun TV3 sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan, tetapi bagi mereka kenyataan tersebut tidak lengkap dan masih mengelirukAN,  mereka memberikan memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf. 

akil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran berkata

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul,


Sementara itu Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi: . sumber

Ehhh! Zizan pun ada?









✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...