Bosannya fb!

By
Advertisement
Ini luahan perasaan aku. Asik buat cerita tentang orang je... pekata mengumpat diri sendiri pulak. Tapiiiiiiii ada ke orang nak baca? 

Masuk tahun ketiga berfb rasanya mukabuku semakin membosankan. Mula2 dulu ya Allah..... semua rakan lelama nak di cari, semua artis yang diminati di add, tu belum lagi orang ternama dan tak ternama. Status pulak kan main lagi celik mata je terus ucap salam dan selamat pagi kat kawan-kawan mukabuku. Kemudian   menyusul pulak status masak apa, tengok citer apa, layan lagu la, hal anak-anak la, sampai ke hal kain tak berlipat sebab asik ngadap fb pun boleh berpuluh2 komen....cehhh..... itu pun seronok tak ingat. Belum lagi bab tayang gambar itu, tayang gambar ni..... sampai makan maggi pun ambik gambar gak nak masuk mukabuku. Dasarrrrr.........

Tapi bila masuk tahun ke 3 aku mula beralih arah.... aku mula jemu mengulas benda yang sama....merepek2 entah apa2  dengan kawan2 tak kira lelaki dan perempuan.
Lagi aku bosan bila ada yang terasa dengan status kita walhal kita tak tuju pun ayat kat dia. Lagi jelik kita tulis status pastu ada pulak yang terasa dan buat status mengulas balik apa yang kita tulis.


Bila aku mula share isu2 semasa tentang politik atau pemimpin  maka ada la yg tak suka.... bukan sekadar unfriend... block terus pun ada. Aku ni dikata tak tau bersyukur.... duduk negara aman macam ni. Aku ni tak tau berterima kasih pada kerajaan yg dah bagi segala-galanya...hahaha. Gelihati... Tak sangka aku ada orang macam tu..... aku pun pernah gak unfriend rakan tapi bukan sebab berbeza pendapat politik. Aku unfriend sebab ada unsur melanggar batas sikit... hahaha ....nnt jiran2 aku yang ada fb ingat aku ni ada skandal.... tak mau aku. Jadi jalan selamat tak payahlah la lagi aku kwn dengan org mcm tu..... aku nak jadi wanita solehah okey...tolong jangan cemarkan reputasi aku nih....ngeee~~~

Sekarang kalau aku mengadap mukabuku aku just baca dan cari bahan yang menarik untuk buat en3 blog. Cari ilmu yang bermanfaat.... ada banyak sgt ilmu agama ni kita boleh dapat kat fb.
Baca status rakan mb yg rapat .... asal jangan gedik2 punya status aku still boleh komen.
Paling aku malas nak baca status luahan hati sedih-sedih2..... sekali sepuluh kali pujuk bagi semangat cukuplah.... takkan sampai dua tiga tahun nak tiup semangat. Pastu gedik2 tulis status sayang2.... haila.... tak masuk jiwa aku langsung..... sayang itu dalam hati bukan untuk di tulis dan ditayang2 dimuka buku. Meluat okey!

Dan yang paaaalinggg aku tak suka baca status lepas geram dengan bahasa #%^&*. Boleh gugat emosi aku sama..... aku ni ada darah tinggi...percuma je naik bp aku hehehe.

Aku rasa bukan aku sorang saja yang dah slow.... ramai kwn pun mcm aku... tu yang buat dunia mbuku lebih suram.... nak cari kwn baru pun dah malas.... yg tutup akaun pun ada. 

Twitter? Ada, tapi aku ni bukan sesiapa.... tak ada follower pun.... hahaha kesian sungguh. Tutup sudaaa....












✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

1 comments:

LadyBird said...

fb sy hya fb biasa...
just ade gmbr2 yg xde manusia.. gmbr2 alm, kucing, rama2 pun ader.. hihihi~ org x komen pun xper..
just tuk suke2..

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.