Berita penuh mukasurat 4 di Akhbar Harian Metro:
Catatan Puan Shahrina di akaun Facebook beliau dengan tajuk "JIHAD TAK MUDAH, PENUH RANJAU DAN FITNAH":
`Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita..(Baqarah 2:112)Ini adalah jawapan kepada pertuduhan mengatakan Hasan melakukan kekerasan terhadap ibunya sendiri seperti yang dipaparkan dalam Harian Metro. Hasan juga bebas dari sebarang pertuduhan oleh pihak polis. Saya mohon, jangan salah tafsir masalah yang berlaku antara Hasan dan ibunya kerana ia adalah masalah dalaman, yang masih boleh dipulihkan. Saya kenal mama Hasan sejak di gaza, dia sedang dalam tekanan perasaan sejak 10 tahun lamanya iaitu sejak anak sulungnya dalam penjara. ditambah, kelmarin, genap setahun anak keduanya, mahmud syahid.. al fatihah
Mama dalam stress, orang tengah dan wartawan ambik kesempatan gunakan mama burukkan Hasan...enta apa la diterjemahkan dari apa kata-kata mama ... saya cabar Harian metro bagi saya dengar rakaman perbualan, saya sendiri akan terjemahkan sekali lagi... saya akan bacakan kat mama (jika kami dapat jumpa semula, apa yang ditulis dalam media.. mama pasti terkejut kerana dia bukan jenis pembohong, dia pasti terkejut bila baca catatan, selama 5 bulan kami balik Malaysia, tak pernah bagi apa-apa sumbangan.. dia sendiri tunjuk kat kami gambar dia serahkan dana kepada mangsa perang yang cacat annggota setelah terima duit yang kami kirim melalui Nadir Al-Nuri ... kami tak pernah salahkan mama kerana saya kenal bagaimana dia, penyayang sangat orangnya..
Jadi, kita mungkin tak biasa dengan keadaan kehidupan orang gaza yang membesar dalam suasana yang bukan macam kita. Lazim, orang sedia maklum orang Arab kasar tapi mereka juga lembut hatinya.. Mama perlu bantuan dan sokonga untuk pulihkan tekanan emosinya, jadi, sepatutnya, beri dia peluang da ruang untuk sejukkan hati dan berbaik dengan anaknya kembali... malah, punca salah faham pun kecik sangat. Saya kesal dengan tindakan orang yang bawa ke media dan wartawan yang sekarang, menghalang usaha saya untuk merawat mama, usahakan adik hasan masuk universiti, dan bantu Hasan jana dana dengan berniaga. Kami tak pernah minta sedekah dan derma, dan kami tak rugi apa-apa jika orang tak nak terus bersama kami bantu Gaza, tapi, bagaimana dengan penderitaan dan harapan mereka melalui kami? Saya tak kisah orang caci dan maki, Allah Maha Mengetahui...
Apa yang kalian inginkan?? mama balik semula ke Gaza yang sedang diserang? akhbar anda laku keras atas fitnah dan berita yang sensasi? tahniah.... da terima kasih kerana dengan fitnah ini, kami lebih banyak terima doa dari kawan-kawan... itu yang lebih berharga daripada wang ringgit dan glamer...
Oleh : Puan Shahrina Ahmad Sharkawi
Puan Shahrina dan suami di Palestin |
Puan Shahrina dan Suami, Hasan Al Zahar bersama dengan hidangan Maqlubah, Perniagaan mereka |
✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿
1 comment:
Salam dan sejahtera buat saudari..... Mohon linkkan blog orang yang baru belajar jika tidak keberatan iaitu... www.tinatinot.com. Semoga kita dapat beramal dan bersedekah kejalan Allah.
Post a Comment