Pagi itu penduduk kawasan Footdee, Aberdeen, Scotland terbangun dengan perasaan terkejut, melihat desa mereka diselimuti buih putih, tapi itu bukan salji. Jalanan bagai lautan buih yang tebalnya sehingga hampir menutupi rumah. Kereta yang diletakkan, bangunan, dan tanaman semuanya nampak putih, seperti baru dilanda badai salju.
Anjing-anjing kesayangan menggonggong, nampak senang dan tertarik dengan pemandangan fenomena hamparan buih. Orang-orang sempat terpukau, sebelum menyedari busa itu mengganggu aktiviti.
Seperti dimuat BBC, fenomena itu tercipta dari angin yang bertiup kencang ke Laut Utara, mengocok air laut, udara, sisa tanaman dan plankton laut hingga menjadi buih, menyapunya ke daratan. Saksikan videonya di pautan ini.
Salah satu warga, Lindsay Gordon menceritakan, badai malam itu sangat keras. Membuat daun jendela berderak. "Aku melihat ke luar tingkap dan ombak Laut Utara seakan maju mendekati kami. Mujurlah, itu hanya busa," kata warga yang tinggal di Footdee sebelum tahun 2000 itu.
Sementara anjing bersenang-senang dengan berguling di tumpukan busa, Gordon sibuk membersihkan buih dari halamannya.
Bagaimana busa boleh terbentuk sedemikian dahsyat?
"Laut bertindak seperti mesin basuh," kata Prof Christopher Todd, ahli ekologi marin dari Scottish Oceans Institute, University of St Andrews.
Dia berkata, angin kencang yang bertiup di perairan Aberdeen mencetuskan "ombak yang luar biasa". Udara masuk ke air dan bercampur dengan bahan organik. "Kemungkinan ada sel fitoplankton yang menghasilkan banyak lendir, yang melecut pembentukan buih." Selain itu, musim gugur adalah waktunya fitoplankton mekar.
Todd menambah, busa laut relatif stabil bentuknya dan tahan lama. Namun, walaupun kotor, busa semula jadi tersebut tidak mengancam kesihatan warga.
sumber
ps: sesiapa yang berminat nak bertukau2 pautan (xchange link) sila bagitau ye....
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿
1 comment:
apa yang sedang berlaku dipantai aberdeen scotland adalah gambaran yang allah swt.ingin sampaikan kepada umat islam seluroh dunia bahawa umat islam yang berpaut pada alquran,hadiths serta sunnah nabi as adalah sapertinya bueh bueh yang diperlihatkan sekarang diaberdeen,adakah begitu?renong serta fikirkanlah apa sebenarnya yang tersirat disebalik fenomena ini.allah hu akhbar.
Post a Comment