29.9.12

Anakku Hidup Sekali Biar Bererti - Nyawa tiada di kedai spare part!



Anakku Hidup Sekali Biar Bererti

best juga kandungan buku ni walau baru baca sedikit kat SINI . Buku ni penuh dengan nasihat dan pesanan untuk anak-anak tentang akhlak...tentang aurat dsb. Sedih tengok anak-anak yang hidup tersasar jauh dari landasan Islam.

Nak kongsi satu cerita yang berlaku kat sini (kaw, sy tinggal) Baru-baru ni seorang remaja telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah lori. Kejadian tersebut pada waktu pagi dan remaja lelaki tersebut berumur 17 tahun. Mula-mula dengar cerita rasa sedih.... Tapi bila jiran-jiran bercerita tentang perilaku buruk remaja terbabit yang sering membuat onar dan bising hingga mengganggu jiran-jiran dan adakala jika ditegur kereta pula yang jadi mangsa balas dendam rasa kasihan mula terpadam. 

Yang paling tidak sedap didengar cerita tragedi yang meragut nyawanya itu berpunca dari sikap remaja terbabit yang hendak menunjuk lagak di jalan raya.... kata kawan2 yang mengenali,  arwah di katakan berdiri di atas motosikal untuk menumbuk pemandu lori (puncanya tidak tahu) menyebabkan lori tersebut menghimpit ke tepi  dan arwah hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan menyebabkan beliau digilis.

Ya Alah bila dengar kisah yg diceritakan rasa gigil badan ni..... kenapa nak.... kenapa nak tunjuk kuat sangat.... dan ditempat yg salah pula tu. Adakah kerana sudah terbiasa dengan perangai samseng macam tu maka rasa diri tu kuat sangat.... nyawa tak ada dijual kat kedai spare part dikkk.... tolonglah adik2... anak2 semua.... tolong hargai hidup kalian. Hidup hanya sekali.... jangan biarkan hidup diselubungi sumpah seranah jiran tetangga yang marah dengan kelakuan buruk tu. Jangan sampai orang mendoakan yang buruk-buruk kerana bila Allah memakbulkan doa-doa orang yang teraniaya maka diri sendirilah yang menanggung akibatnya. Ya Allah...... ku coretkan kisah ini bukan untuk mangaibkan arwah tapi ambillah secebis pengajaran terutama buat anak-anak remaja semua.

Ingat ye adik2.... hidup sekali biar bererti!!!












✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...