Sungguh....ibu tak sangka

By
Advertisement

"huhhh.....tak sukaaa....
perasan muda!!
macam dah lama hidup....
macam dah banyak sangat kumpul pahala....."

terkejut betul semalam bila anak yg berusia  12 tahun meluahkan perasaannya
ya...tahu je dia tak suka 
tapi 
tak sangka pula sampai begitu sekali ungkapan yg keluar dari mulutnya
garangnya bang.....
patut ke marah sampai begitu?
kecik hati makcik2 tu tau kalau dia dengar
nanti mereka cakap ibu yg ajar anak jd kurang ajar
allah.....nauzubillah
tak tau nak kata apa
||
||
||
dia tak suka dengan makcik2 yg suka duk bersembang
tiap2 petang
kekadang pagi pun
hari2
||
bercakap dengan suara kuat
ketawa mengilai2
mengekek2
||
bagi dia sungguh tak sopan
dah tua (bagi dia)
mak-mak bukan begitu (bagi dia)
mak-mak kena sopan
duduk di rumah bukan melepak dengan gang
mak-mak mesti ada rasa malu
mak-mak jgn over gediks
||
mujurlah
yang dia marah itu bukan aku hukhuk......
sekarang aku tahu siapa anak aku yg seorang ni.....
udin ibu sayang udin
insyaallah ibu akan jadi ibu yang baik.




0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.