14.10.11

suami yang baik.....


wahai suami
jadilah suami yang baik di mata isteri
baik dikalangan ahli keluarga
baik di hadapan jiran tetangga
suami yang baik itu
apabila dia menyerahkan wang gajinya kepada isteri
walau hanya untuk di pegang sementara
suami yang baik itu 
sentiasa tampil saat keluarga memerlukan bantuan
suami yang baik itu
dipuji jiran kerana kerap pulang ke kampung isteri
lagi
suami yang baik
menyembunyikan kekasihnya jangan sampai diketahui isteri
suami yang baik 
mendidik anak-anak dengan penuh disiplin
jangan mencuri, jangan merokok,  jangan menipu 
suami yang baik
segara menghukum jika anak melanggar kata
suami yang baik
kena berani bersumpah walaupun berdusta
suami yang baik 
sanggup menanggung risiko atas kata dan perbuatannya
suami yang baik 
sanggup buat apa sahaja
sekalipun menggali kubur
menanam bukti kesetiaannya
suami yang baik 
tak peduli dengan laknat Allah
tak takut jadi munafik
suami yang baik
suami yang sentiasa pulang
suami yang baik
akan segera beribadat
mendekatkan diri pada Allah
bila Allah sudah bukakan pintu hatinya

isteri yang baik 
bagaimana pula.....?
mana ada isteri yang baik
jika dia selalu menyakiti suaminya dengan kata-katanya
mana ada isteri yang baik 
andai selalu sahaja mencurigai suaminya
mana ada isteri yang baik 
bilamana di dalam hatinya tiada kemaafan
mana ada isteri yang baik
bila dia tidak mahu berkongsi dengan perempuan lain
mana ada isteri yang baik
bila dia selalu sibuk bertanya kemana suaminya pergi
mana ada isteri yang baik
bila dia marah dan meninggikan suara bila suami ada kekasih gelap
mana ada isteri yang baik
bila isteri dianggap nusyuz....

isteri yang baik itu 
ialah isteri yang sentiasa taat pada suaminya
selagi suami tidak menyuruh isteri menyekutukan Allah
tak kisahlah siapa suami kita
kerana kita pun bukannya sempurna sangat
sabarlah wahai hati
ambillah kisah ASIAH isteri Firaun 
sebagai pedoman

Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan perkataan Allah yang terbit dan mulutnya secara tidak sengaja.
Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!
JawabAsiah dengan tegas: Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.
Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil, lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!
Jawab Asiah: Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.
Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan akan dipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah, isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.
Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat patda sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya.
Katanya: Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan. Berulang kali pula Asiah menjawab: Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.
Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.
Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat: Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.
Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah tersenyum.

ps: gambar atas sekadar hiasan

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...