pada masa ni hubby aku tak de....dia macam biasalah sibuk dengan bola atau pun futsal. sekarang dia ada di penang. gerak pagi khamis pulang nanti hari ahad. ahaaa....panjang pun umur dia.....baru je dia call ni nak tanya dah bangun ke belum.
pukul 5 td aku dah bangun sebenarnya...solat isyak...upsss...teruk betul aku nih kan.....bila la aku ni nak berubah....aku sebenarnya nak buat solat tahajud....salah satu cara untuk aku bangun ialah dengan melewatkan solat isyak....tapi terlajak lewat...allah ampunilah aku.
aku sebenarnya nak tulis cerita dalam keluarga
keluarga sebelah aku
mak ada 9 adik beradik
6 dah meninggal termasuk emak
sesiapa yang baca n3 ni sudi2kanlah ye sedekahkan alfatihah untuk para arwah
amin.....
dalam adik beradik emak seramai 9 orang ni perkahwinan mereka semuanya kekal hingga ke akhir nyawa
tak ada pun pakcik atau makcik aku yang bercerai atau pun berpoligami
baguskan
sekarang bab anak2 mereka pulak yakni sepupu sepapat aku yang ramai dan dah tua2 belaka.....paling muda pun 30an la.....
ada seorang anak makcik ni suami dia hilang...tinggalkan dia tanpa khabar berita
tak tau lah hidup atau mati
itu je lah satu2
dan sepupu aku yang ni pun dah berumur lebih kurang mak aku je la usianya....sbb dia anak kakak mak yang tua sekali. mak pula anak yang kelapan....
lamaaaaaa selepas itu ada lagi seorang
anak busu
ni yang aku nak fokuskan nii
sepupu aku ni muda beberapa tahun dari aku
dia berkahwin dengan wanita dari kelantan
bagi aku ok je bini dia tu baik2 je....mak pun kata baik gak
tapi jodoh mereka tak panjang
ada anak sorang...pastu dengar2 dah bercerai
mak usu aku ni...yakni adik ipar mak yg memang boleh tahan la laser mulut dia
macam menyokong pulak tindakan anak dia menceraikan isteri
anak2 perempuan dia ada 2 orang pun sama la jugak
ntah lah tak tau apa sebabnya
bukan main lagilah mereka mengata
mak bagi nasihat kasihan anak dia iaitu cucu dia kecik lagi dah tak ada ayah
lagipun mak memang pantang sungguh la bab kawin cerai2 nih
berbuih mulut mak bagi nasihat
kat depan mak cakap baik2
tapi kat belakang orang tu mak punya la menyumpah seranah
mak kata tengoklah nanti ada je balasan allah
tapi ye lah bila orang dah tak suka mcm 2lah kan alasan
busu aku tu pulak memang jenis pendiam...tak banyak cakap tak macam bini dia
jadi cakap lah macam mana pun depan dia....tak jalan
ok....
akhirnya sepupu aku yang perasan hensem ni kawin dengan perempuan lain
dengan kekasih baru dia la kan....
puas hatiiiiii....????
tapi Allah itu maha besar
maha adil
maha mengasihani
maha berkuasa
maha segala maha
tak lama kemudian
anak perempuan dia yang bongsu yakni adik kepada yang bercerai ni telah dimadukan secara diam2 oleh menantu kesayangan makcik aku nih
hahhhh amik kauuuu...nak cakap apa
nape tak mintak cerai ngan laki kau
tau pulak kan kau takut tak makan
anak2 kau nanti kebulur kalau kena cerai
jadi duk je la diam2 bermadu
mak cakap....rasakannnnn...pot pet pot pet.....
see...adillah tu kan
setakat ini ini sahajalah kepincangan dalam keluarga belah mak
yang boleh dijadikan iktibar
pengajarannya
jangan aniaya orang....balasan allah tu cepat sangat sampai
tak kena kat diri sendiri allah turunkan kat ahli keluarga yang lain
sebab itulah agama suruh kita pilih jodoh kita dari kalangan yang baik2
yang beriman yang beragama
lelaki jangan perasan hebat sangat la kalau ada ramai perempuan tergila-gila
kau boleh je ceraikan isteri kau tu kalau memang isteri kau tu nusyuz ke jahat sangat ke apa ke...
tapi kalau kau buat hal dengan bini yang selama ini masakkan kau, basuhkan baju kau, layan je nafsu kau, mendoakan kau setiap kali solat....kau ingat Allah tu nak diam je ke....kalau pun kau tak sedar kau dapat pembalasan itu maknanya hati kau memang dah hitam.....jadi cakaplah macm mana pun...turunlah sebanyak mana bala di kalangan keluarga kau pun kau tetaplah dengan perangai kau tu kan....
buat...buat....selagi nyawa dikandung badan...puaskan lah nafsu serakah kau tuhhhh
ehhhh...apsal aku ni emosi nih
moralnya...jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan
jangan aniaya orang
jangan curang dengan isteri yang setia
jangan abaikan anak walaupun dah bercerai
jangan buta hati
jangan ingat lama lagi nak mati
jangan kawin dengan orang yang jahil agama
jangan fikir singkat
jangan sampai allah turunkan bala yang berpenjangan
jangan sampai mati tak sempat taubat
jangan aniaya orang
jangan curang dengan isteri yang setia
jangan abaikan anak walaupun dah bercerai
jangan buta hati
jangan ingat lama lagi nak mati
jangan kawin dengan orang yang jahil agama
jangan fikir singkat
jangan sampai allah turunkan bala yang berpenjangan
jangan sampai mati tak sempat taubat