2.6.12

Subhanallah...19 Tahun Dikubur, Jasad Syuhada’ Palestina Masih Utuh

19 Tahun Dikubur, Jasad Syuhada’ Palestina Masih Utuh

JALUR GAZA - Otoritas Israel meneyerahkan puluhan jasad para Syuhada' (insya Allah) Palestina ke pihak keluarga mereka setelah bertahun-tahun lamanya dikubur oleh Israel di makam Numbers Graveyards akibat dibunuh oleh pasukan zionis Israel.

Menteri Urusan Sipil Palestina di Ramallah, Hussein Ash-Sheikh, melaporkan bahwa Israel menyerahkan 91 jenazah Syuhada' Palestina dengan peti pada hari Kamis (31/5/2012). Diantaranya termasuk tujuh Syuhada' yang gugur pada sebuah operasi di Tel Aviv tahun 1975.

Salah satu dari jasad yang dikembalikan Israel kepada rakyat Palestina masih utuh tidak membusuk, tanpa ada tanda-tanda orang yang telah mati puluhan tahun, seperti baru meninggal beberapa menit saja, Subhanallah, demikian seperti dilansir Islamemmo.

As-syahid tersebut diketahui bernama Syahib Ahmad Muhammad, tercatat syahid 19 tahun lalu pada 24 April 1993, saat ia melakukan amaliyat istisyhadiyah (operasi syahid) di kota Eilat melawan pasukan Israel.

Menurut salah seorang pemuda yang ikut serta dalam pemakaman kembali jenazah para syuhada tersebut, ketika dia membuka tutup peti jenazah, dia menemukan jasad Syahib masih utuh seperti adanya dan seperti baru meninggal.

Terkait hal tersebut, Syaikh Yusuf Adais mengomentari, "Karomah Allah atas As Syahid ini, tidak hancur tubuhnya, menegaskan itu tanda keshalihan dan diterimanya kesyahidan." (siraaj/arrahmah.com)


Read more: http://www.atjehcyber.net

Allahuakhbar .!!!!.Lautan Manusia di Himpunan Hijau ke Putrajaya (Gambar).Dianggarkan 100,000 orang menghadirinya


 
Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.
Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium. Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium.
Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Penulis ada dari petang sehingga malam di stadium darul aman..dianggarkan hampir 100,000 orang membanjiri stadium dan luar stadium. Kesesakan sehingga 10 KM ..menurut ustaz azhar..Ustaz Azhar Terlewat Sejam untuk memberi kuliah.sepatutnya selepas solat asar
Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman

ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.

Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.

Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.

Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.

"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.

Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.

"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung dengan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.

Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.

Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.

Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajak mereka bersama-sama ke Putrajaya.

Malam ini, pimpinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS
. -HD




















1.6.12

Wowww....Himpunan Jutaan Belia : Atris 'K-Pop' dibayar RM2.04 Juta..




Selasa lalu Keadilany Daily telah melapurkan seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keadilany Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Pesara yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily.- laporan penuh di ( SINI )

RM20 Juta habis... itu adalah dakwaan pesara kerajaan tersebut.. nilai tuntutan sila lihat diakhir entry ini..

Korang baca laporan ni dulu..

PUTRAJAYA, 21 MEI 2012 - Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.

Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..

Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.

Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.- sumber dari SINI


Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis ‘K-Pop’ dari Korea turut diundang.. mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis..

Dua kumpulan ‘K-Pop’ yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..

Begitu ramai artis Malaysia.. mereka dibayar RM1.8 Juta..berapa agaknya setiap artis dari Malaysia dapat?

Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…

Apakah jenis pengisian rohani yang belia Malaysia dapat hasil dari RM2.04 Juta yang dibayar kepada artis 'K-Pop' itu?

Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First syarikat yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan program ini di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta..

Dokumen di atas telah diterima dari seseorang, katanya melalui e-mail  "salam, Bro tolong buat apa yg patut... saya dapat dukumen ini dari seorang rakan yang bertugas pada program tempoh hari."

 

Lelaki Gergasi Ingin Berteman


SAIN bersama keluarganya.
SAIN bersama keluarganya.
KAKI dan tangan Sain yang terus membesar menyukarkan dia bergerak.
KAKI dan tangan Sain yang terus membesar menyukarkan dia bergerak.
LAHORE: Seorang pemuda yang mengalami penyakit pelik apabila dia mempunyai kepala, kaki dan tangan gergasi terdesak untuk mencari penawar supaya dia boleh mendapat jodoh.
Sain Mumtaz, 22, mengalami kecacatan teruk akibat sindrom Proteus menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya terus membesar. 
Dia sudah diterima oleh penduduk setempat di kawasan kejiranannya di pinggir bandar raya Lahore, di Pakistan tetapi penyakitnya menyebabkan dia perlu menerima rawatan secara berterusan dan menyukarkannya bergerak.

Sain dikatakan mengalami sindrom Proteus - yang turut menyerang “Lelaki Gajah” Joseph Merrick berikutan kecacatan simetri pada wajah dan tengkorak kepalanya.
 

Sain sebelum ini percaya nasib malangnya itu adalah laknat Tuhan, menyebabkan dia kecewa dan murung.

Namun, teman dan keluarga memberinya semangat dan dia kini berazam untuk terus hidup dengan baik.

Penduduk setempat merujuk kepadanya sebagai “kawan gergasi” mereka dan berazam untuk mencari penawar buat Sain yang mengimpikan akan bertemu dengan wanita idamannya.

Sain berkata: “Saya kelihatan seperti ini sejak lahir. Wajah, lengan dan kaki saya semuanya berbeza saiz dan orang menyangka saya tidak seperti manusia biasa yang lain.

“Tetapi akal saya sihat dan memahami semuanya. Saya menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun semua anggota keluarga saya termasuk ibu, bapa, abang dan kakak saya dilahirkan tidak dengan keadaan begini.

“Sebelum ini, orang melarikan diri daripada saya, tetapi kini mereka melayan saya secara normal dan duduk serta berbual dengan saya ketika saya berada di luar.

“Mereka memanggil saya kawan mereka. Satu hari kelak, saya harap dapat sembuh dan bertemu dengan wanita yang akan mencintai saya,” katanya.

Sain tidak pernah berjumpa doktor sejak dia kanak-kanak apabila diberitahu dia menghidap sindrom Proteus dan tiada apa dapat dilakukan untuk membantunya.

Sekiranya Proteus adalah diagnosis betul atas penyakit dialami mungkin tiada apa dapat dilakukan untuk mengurangkan berat kaki dan tangannya yang besar itu.

Namun, keluarganya masih berharap Sain menderita penyakit ketumbuhan lain dan jika ia benar mungkin ada rawatan yang dapat menyembuhkannya.

Bapanya, Wazir Ali berkata: “Kami mahu tahu apa yang tak kena dengannya dan sama ada terdapat sesuatu yang dapat dilakukan bagi memperbaiki kehidupan sehariannya.

“Dia menaruh harapan untuk masa depan, satu hari kelak dia akan menjalankan perniagaan beca dan mendapat isteri,” katanya. - DM

31.5.12

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 - akta apa nih?




sungguh aku  tak paham dengan akta baru nih.....nampaknya aku kena jaga2 la tak boleh dah nak tepek n3 pasal hal-hal semasa yang hot dalam negara terutama yang berkaitan dengan politik .....kena buat ayat-ayat pujian je la pasni ye....
pastu kena hide la tempat komen kat blog nih.....kang mana la tau ada orang yang 'jaki' dengan blog aku nih pi tulis komen berasap2....(walhal blog ni tak popular pun dan tak byk komen pun) tapi manalah tau kannnn......... ada dajal nak pedajal....hehehe.......tak pasal2 pulak aku nak kena buktikan tu bukan aku yang tulis....haishhhh semakin hari semakin demokrasi la negara aku nih.....sukanya aku....sayang sangat kat tuan-tuan yang buat akta baru nih. muaaaahhhhhh......
 

baca lagi kat blog nih ye....
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/

Skandal kapal selam Scorpene jahanam nama baik M'sia di seluruh dunia







Kos keseluruhan pembelian
Bayaran kos kapal selam Scorpene pada 2002 sebanyak RM2.14bilion(1euro=3.2 pada 2002) nilai sekarang 1euro=RM4.4
Anggaran komisen ialah RM540 juta(Euro114.9 juta)


Senarai 7 saksi yang dikemukakan Suaram (Suara Rakyat Malaysia) diterima(dibenarkan) oleh hakim Perancis ialah Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan sekarang),Najib Razak (PM dan bekas Menteri Pertahanan),Razak Baginda,Setev Shaaribu(bapa Altantuya),Lodin Wok Kamarudin,P.Balasubramaniam(Penyiasat Persendirian) dan Jasbir Singh Chahl(Pegawai kanan Perimekar).


Hakim kes skandal Scorpene di mahkamah Perancis ini ialah Roger Le Loire dan Serge Tournaire.Manakala peguam kes ini ialah William Bourden dan Joseph Breham.Dapatkan berita lanjut dalam akhbar Suara Keadilan bil 68 di pasaran


Timbul persoalan beranikah Najib dan Zahid Hamidi hadirkan diri di mahkamah Perancis?Bak kata orang berani kerana benar takut kerana salah.Inilah masanya untuk Najib bersihkan dirinya daripada sebarang salah laku yang menimpa beliau.Imej Najib tercalar dan jatuhkan maruah negara jika beliau terus berdiam diri dan tidak berani hadir ke mahkamah Perancis untuk bela diri.Berdegar -degar Najib mahu pertahankan Putrajaya walaupun nyawa, tulang dan badan berkecai tapi adakah Najib tidak mampu pertahankan diri sendiri di mahkamah Perancis?


misaimerah.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...