11.2.11

DUNIA SEMENTARA

Permulaan kita rasa bahagia,
mudahan sampai hujung nyawa,
andai dipertengahan tak seperti disangka,
jangan rasa diri tak berguna,
jangan lupa kita ada Allah maha Esa,
Dia yg berkuasa,
mentadbir alam semesta,
memberi kelebihan pada yang disuka,
menarik nikmat dari siapa saja,
kita cuma hamba pada-Nya,
takkan lari dari aturan-Nya,
andai kita rasa berkuasa,
ingatlah Dia memberi pinjaman sementara,

Andai kita rasa keciwa,
jangan dilupa Dia ada penawar-Nya,
Bila kita perlukan teman bicara,
tak siapa akan tetap bersama,
melainkan al-Quran yang di sampaikan oleh-Nya,
jika kita perlu rakan bergurau senda,
takkan manusia sentiasa dengan kita,
oleh itu, peganglah sunnah Rasul-Nya,
Bila kita telah tua,
tak siapa ingatkan kita,
bah kan anak kadangkala lupa jasa,
jasa ayah bonda mereka,
ada yang sanggup hantar ke rumah orang tua,
ada pula yang tinggal saja merata,
jangan lupa, yg tinggal sendirian di teratak usang tua,

Bila kita punya bahtera,
jangan sombong angkuh depan rakan gurau senda,
jangan kita keji maki si pengemis buta,
bila mereka meminta,
berilah sekadar yang mampu di hulur tangan bukan mengata,
andai kita juga sedang perlukannya,
pinta saja maaf dari mereka,
kerana tak dapat membantu masa dan ketika,
tp ingt! jangan kita keji mereka,
kerana mereka juga punya perasaan sama mcm kita,
Punya hati yg perlu di jaga,
punya perut yg perlu diisi makanan sebagai alasnya,

Pernahkah kita membilang usia,
Berapa lama kita sujud pada pencipta?
berapa kali kita pergi menonton cerita dongeng bersuka ria,
Mana perginya matlamat kita,
sebelum lahir ke dunia,
kita telah berjanji taat setia,
takkan melanggar perintah Tuhan yg Esa,
tp apa yang kita beri pada-Nya??

Ingatkah kita pada rakan tawa,
kadangkala mereka menegur silap kita,
tp apa jawapan kita?
eleh, kau pun sama,
Adakah kita tahu mereka bagaimana,
mungkin dulu dia pendosa,
tp taknak kita terlibat sama,
sungguh mulia hasrat hatinya,
tp mengapa kita mempertikainya?
kenapa kita tak mahu menerima,
teguran yang baik dari mulut bekas pendosa,
bukankah saidina Ali berpesan dengan kata,
dengarlah teguran dari siapa saja,
walau pengemis, walau si buta,
jangan kita sombong bongkak terhadap nikmat yang ada,
Bila2 Allah boleh menariknya,
perlu di ingat jangan dilupa,
kita ada yang maha Kuasa,

Setiap hari kita ketawa,
bilakah masa utk mentadbih jiwa,
menenangkan hati mententeramkan jiwa,
kita kata kita bahagia,
tp benarkah semua?
jauh disudut hati kita tahu saja,
adakah bahagia, atau derita,
sebenarnya jiwa kita rasa tak selesa,
bila mana bergeluman dengan dosa,
tak yah cakap sapa2,
diri kita sendiri juga sama,
ada kala rasa bahagia,
bila kita buat dosa,
tp sampai satu masa,
adakah kita akan teruskannya,
oleh itu baiklah berhenti segera,
tak berguna sesalan diakhir nyawa,
bilamana malaikat datang menyapa,
sudahkah kita bersedia?
takkan kita dapat mengelaknya,
bila ajal sampai ke tengkuk kita,
masa itu, baru ingat nak beamal tak kira masa,
tp kita sudah terlewat masa di dunia,
kita kan tinggalkan alam fana,
di sana alam lain pula sedang menanti setia,
yang takpernah lupa janjinya,
bahawa kita akan singgah juga,
tak tahu bila penghujungnya,
tp kan tinggal buat sementara,
sebelum di hantar ke syurga atau neraka,

Samapi disini saja kata2 pesanan buat diriku yang hina,
moga2 berguna buat semua,
andai ada terguris dimana2,
silalah datang ambil pelasta,
kalau masih punya hati dan jiwa,
segeralah kita tinggalkan perkara sia2,
jangan sampai kita di kata penderhaka,
atau juga si pengkhianat agama,
aku tak kesah dengan bangsa,
asal saja Islam sebagai agama,
baiklah semua,
harap kita kan peroleh Redha-Nya.
Quran ada JalanNya


~~*terima kasih daun keladi LEE MEH HAM *~~

10.2.11

SIAPA BEN ASHAARI?


 Ben ashaari memang tidak asing lagi dalam dunia blogger.Ben ashaari merupakan seorang blogger otai yang dah lama bertapak dalam dunia blog.Kalau terjah kat mana-mana blog, mesti ada backlink Ben ashaari hampir kat setiap blog.Kadang-kadang,mesti ada entri mengenai blog ben ni. Apapun, Ben ashaari ni memang unik sebab sentiasa update blog beliau setiap satu jam.Sumber trafik ke blog ben adalah 70 peratus daripada pembaca setia(loyal reader) atau followers blog ben sendiri.Manakala 30 peratus lagi sumber daripada enjin pencarian.

Blog ben juga mempunyai lebih 9 ribu followers (patutlah ada kat mana-mana blog). Blog ben ashari merupakan blog personal yang mengisahkan kehidupan beliau sendiri. Ayat yang digunakan dalam blog ni amat sempoi dan santai.Mungkin ni juga salah satu faktor blog ben mandapat ramai pembaca yang sememangnya sempoi.


Errr ada lagi....kalau anda berminat untuk mengenali siapa jejaka kacak malaya niii....sila la intai sendiri yee...

P/s: klik http://www.benashaari.com untuk kealam yang santai.


SAMBUNG SIKIT LAGI.....waaaaa ...patutlah semua orang sibuk2 ngan beliau...rupanya ada contest JOM GEGAR BLOG rupanya....dan aku baru perasan setelah contest itu tutup tengah malam tadi setelah mencapai penyertaan yg ke 1000...huwaaaaaaaaaaaaa
nak tau kenapa aku kuciwa...sbb aku jd follower jugak  tapi syarat penyertaan dia aku tak ikut...huwaaaaaaa
eemmm...tak apalah...tak apa...it's ok...huhuhu


Read more: SIAPA BEN ASHAARI? |melvister.com 

valentine oh valentine

Metro hari ini - JAKIM mengisytiharkan KEMPEN PERANG JIHAD bagi menghalang remaja atau belia Islam tempatan daripada terjebak dalam sebarang bentuk aktiviti perayaan hari kekasih atau HARI VALENTINE yang bakal disambut minggu depan.


Perayaan itu dianggap 'racun' memusnahkan akidah umat Islam kerana ramai gadis Islam yang pernah terlanjur dan menghuni rumah perlindungan mengaku hamil akibat seks bebas pada malam hari sambutan berkenaaan.


Kat entri ni aku nak kongsi dengan semua orang tentang kempen AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY anjuran JAKIM tersebut;

KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)

BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan satu program “BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY” pada 11 FEB 2011(Jumaat). Majlis akan bermula pada jam 8.00 malam bertempat di Aras5, Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.

“Merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysiakali ke-71 (22 – 24 November 2005 ) memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pelajar IPTA/S dan penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Kelang adalah dijemput hadir.

Aturcara Program Bicarawara Dan Pelancaran Kempen Awas! Jerat Valentine’s Day

TARIKH : 11 FEBRUARI 2011/JUMAAT
LOKASI : ARAS 5, AUDITORIUM D8, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN, PUTRAJAYA

MASA & ATURCARA

5.00 Petang – 8.00 Malam
• Ketibaan/Pendaftaran Peserta
• Makan Malam
• Solat Maghrib

8.15 Malam – 9.00 Malam
• Ketibaan Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
• Ucapan Aluan: Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim
• Ucapan Pelancaran Kempen Oleh Y.B. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

9.00 Malam-10.30 Malam
• Program Bicarawara:
Tajuk: Awasi Jerat Valentine’s Day

Moderator:
1. Fahrin Bin Ahmad (Celebriti Riben Merah Mac)

Ahli Panel :
1. Muhammad Asyraf Bin Ridzuan (Juara Imam Muda,Astro)
2. Puan Rosmawati Binti Zainal (Raudatus Sakinah)
3. Mohamad Zarifi Mohamad Daud (Bahagian Perancangan & Penyelidikan Syariah,Jakim)

10.30 Malam
• Penyampaian Cenderamata
• Sidang Akhbar
• Jamuan Ringan Vvip
• Bersurai
• Tamat Program


Sila ramai-ramai ke sana ya…opssss! Sambut Valentine dengan Fahrin Ahmad ok jugak apa  hikhikhik


Belajar cara membuat related post.....

Yeaaaaa...syukur alhamdulillah...akhirnya berjaya juga aku menginstall widget LinkWithin nih...berkat rajin merayap....hehehe....baguslah hamba Allah ni....tak kedekut ilmu...semoga Allah murahkan rezeki hamba Allah tersebut...
Errr...ini aku copy dari blog hamba Allah tu...try la mesti menjadi punya....

Apa kebaikkan dan macamana cara membuat related post dengan thumbnail contohnya mcm kat blog aku ni?

Antara kebaikan related post ni ialah ia dapat mengSEOkan (Search engine optimization) page kita. yang mampu meningkatkan page rank (PR) blog kita.. PR tu bukan Pakatan Rakyat tau...hahaha.. Ada dua cara asas untuk melakukannya. Yg pertama dgn cara mengedit kode HTML blog kita. Tapi yg ni banyak masalah bagi korang yg jenis x reti sgt bab2 HTML ni. Lagipun bukan semua template boleh diedit HTMLnya untuk buat related post ni. Lagi senang kita tutup cerita untuk cara yg pertama ni.

Kita terus je pada cara yg lebih mudah. mmg mudah gila punya.. kang klau aku kata susah korang malas plak nak blajo... hehehe.. Ok, disini aku gunakan khidmat linkwithin.com. Kelebihan membuat Related Post mengunakan widget linkwithin ni adalah, korang x payah susah2 nak mengedit kode HTML.

1. Mula2 korang kena bukak website LinkWithin.com... sila klik di SINI, dan korang akan nampak front page mcm image kat bawah ni.

Isi data korang dalam kotak yang dah disediakan mcm kat bawah ni.



Sebagai tambahan kalau background blog korang warna gelap atau hitam dan fontnya warna putih, korang jangan lupa memberikan tanda (tick) pada kotak " My blog has light text on a dark background". Klau background blog korang warna terang xyah la tanda. Dah siap isi semua tu korang klik pada "Get Widget".

2. Akan kluar satu page mcm kat bawah ni: Korang terus jer klik "Instal Widget",



3. lepas tu akan muncul plak step seterusnya mcm image kat bawah ni..: Pada step ni korang boleh pilih blog korang yg mana yg nak korang tambahkan widget ni, tp kalau blog korang satu jer, korang xyah la korang pening2. Dalam kotak "Title" tu plak korang letak la apa2 nama yg korang suka. x payah ubah pun xper. tujuannya hanya utk kesenangan korang nak cari bila ia dihantar pada layout blog korang nanti.



Seterusnya korang klik pada "add Widget" untuk ia dihantar pada blog korang.

4. Bila semuanya dah selesai, maka korang akan nampak ada widget baru dalam layout blog korang dengan "Title" (Kalau korang ada ubah la tadi) yang korang letak pada step 3tadi. Kemudian korang klick dan heret (Drag and Drop) widget tu ke bahagian bawah (footer) blog korang mcm image kat bawah ni.


5.Kalau semuanya dah selesai, klik "SAVE".


TAMAT.


InsyaAllah.. kalau korang ikut semua step ni dgn betul, rasanya memang x susah pun.. kompom jadi punya....
Sekian dulu.. selamat mencuba dan beramal... wassalam.

video seram...mendebarkan...rasa tak sanggup nak tengok...jadikanlah pengajaran...



Ya Allah jauhkan aku..suami...anak2 ku...keluargaku dari perkara2 mungkar...aminn

INGIN JADI PENULIS NOVEL BUKU PRIMA?

Adakah anda berbakat dalam bidang penulis? Kalau ada bakat, kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Jika anda mempunyai manuskrip yang telah siap tapi tidak tahu hendak dihantar ke mana, Buku Prima sedia menerima manuskrip anda.

Kriteria Manuskrip : Novel Dewasa - Jumlah mukasurat hendaklah antara 450-650, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 10@12, double spacing. Anda boleh menulis apa sahaja cerita yang anda suka seperti kisah seram, adat resam, satira, percintaan, kisah masyarakat, tahyul, misteri, cereka sains, thriller, islamik, pengembaraan, komedi romantik, jenayah, dunia korporat, kepahlawanan dan banyak lagi. Yang pastinya, jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai2 agama, bermesej, menarik dan bermoral.

Info tambahan
  • manuskrip anda mestilah yang asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.
  • kami berhak menolak manuskrip tersebut jika tidak bersesuaian.
  • manuskrip yang dihantar perlu di dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan anda juga perlu e-melkan ke prima@bukuprima.com.my.
Hantarkan manuskrip anda kepada:

BUKU PRIMA SDN BHD
Bilik 101 Tingkat 1,
Lot 7, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
03-55106636
03-55106637
prima@bukuprima.com.my
Klik link ini untuk melihat peta ke BUKU PRIMA SDN. BHD.

9.2.11

Curang Lagi.......Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya......

Aiiiiiii.....geram betul bila baca cerita kat akhbar metro hari ni....kisah suami yang ada perempuan simpanan....
kepada para isteri yang memiliki suami yang baik,  lebih baik berpada-pada....jangan sangka air yang tenang tu NO buaya....kalau perkara begini menimpa anda...bersabar ajelah...ujian dari Allah itu pasti ada hikmahnya. Errr...nak tau kisah lanjut bacalah kat bawah ni..


GEORGETOWN: Tembelang seorang datuk berusia 51 tahun yang dipercayai bersekedudukan hampir tiga tahun bersama kekasih gelapnya terbongkar apabila dicekup isterinya di sebuah rumah di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah (SPT), di sini, malam kelmarin.
Lebih mengejutkan hubungan sulit lelaki itu yang sudah mempunyai tiga cucu dijalin bersama teman wanitanya berusia 25 tahun dan ia gagal dihidu isterinya yang berusia 40-an.


Malah, episod tangkapan itu bukan saja dilakukan isterinya selain anggota polis, tetapi empat anak-anaknya turut melihat sendiri kecurangan bapa mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerima maklumat mengenai kes penangkapan seorang lelaki oleh anggota polis yang disyaki berkhalwat di dalam sebuah rumah.


Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya dimaklumkan mengenai tangkapan yang dilakukan seorang wanita terhadap suaminya sendiri.


Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan lelaki berkenaan mempunyai enam anak hasil perkahwinannya bersama isterinya sejak hampir 30 tahun lalu dan segala tindak tanduknya gagal dikesan mahupun menunjukkan sebarang perubahan pelik.


Katanya, isteri lelaki itu memberitahu dia mempercayai suaminya selama ini yang bertanggungjawab dan penyayang.

“Begitupun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila lakonan dan tembelang bagi mengaburi isteri serta anak-anaknya terbongkar.



“Paling menyedihkan, tindakan lelaki berkenaan sangat memalukan apabila ditahan isteri dan anak-anaknya sendiri,” 



TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...