10.2.11

valentine oh valentine

Metro hari ini - JAKIM mengisytiharkan KEMPEN PERANG JIHAD bagi menghalang remaja atau belia Islam tempatan daripada terjebak dalam sebarang bentuk aktiviti perayaan hari kekasih atau HARI VALENTINE yang bakal disambut minggu depan.


Perayaan itu dianggap 'racun' memusnahkan akidah umat Islam kerana ramai gadis Islam yang pernah terlanjur dan menghuni rumah perlindungan mengaku hamil akibat seks bebas pada malam hari sambutan berkenaaan.


Kat entri ni aku nak kongsi dengan semua orang tentang kempen AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY anjuran JAKIM tersebut;

KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)

BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan satu program “BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY” pada 11 FEB 2011(Jumaat). Majlis akan bermula pada jam 8.00 malam bertempat di Aras5, Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.

“Merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysiakali ke-71 (22 – 24 November 2005 ) memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pelajar IPTA/S dan penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Kelang adalah dijemput hadir.

Aturcara Program Bicarawara Dan Pelancaran Kempen Awas! Jerat Valentine’s Day

TARIKH : 11 FEBRUARI 2011/JUMAAT
LOKASI : ARAS 5, AUDITORIUM D8, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN, PUTRAJAYA

MASA & ATURCARA

5.00 Petang – 8.00 Malam
• Ketibaan/Pendaftaran Peserta
• Makan Malam
• Solat Maghrib

8.15 Malam – 9.00 Malam
• Ketibaan Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
• Ucapan Aluan: Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim
• Ucapan Pelancaran Kempen Oleh Y.B. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

9.00 Malam-10.30 Malam
• Program Bicarawara:
Tajuk: Awasi Jerat Valentine’s Day

Moderator:
1. Fahrin Bin Ahmad (Celebriti Riben Merah Mac)

Ahli Panel :
1. Muhammad Asyraf Bin Ridzuan (Juara Imam Muda,Astro)
2. Puan Rosmawati Binti Zainal (Raudatus Sakinah)
3. Mohamad Zarifi Mohamad Daud (Bahagian Perancangan & Penyelidikan Syariah,Jakim)

10.30 Malam
• Penyampaian Cenderamata
• Sidang Akhbar
• Jamuan Ringan Vvip
• Bersurai
• Tamat Program


Sila ramai-ramai ke sana ya…opssss! Sambut Valentine dengan Fahrin Ahmad ok jugak apa  hikhikhik


Belajar cara membuat related post.....

Yeaaaaa...syukur alhamdulillah...akhirnya berjaya juga aku menginstall widget LinkWithin nih...berkat rajin merayap....hehehe....baguslah hamba Allah ni....tak kedekut ilmu...semoga Allah murahkan rezeki hamba Allah tersebut...
Errr...ini aku copy dari blog hamba Allah tu...try la mesti menjadi punya....

Apa kebaikkan dan macamana cara membuat related post dengan thumbnail contohnya mcm kat blog aku ni?

Antara kebaikan related post ni ialah ia dapat mengSEOkan (Search engine optimization) page kita. yang mampu meningkatkan page rank (PR) blog kita.. PR tu bukan Pakatan Rakyat tau...hahaha.. Ada dua cara asas untuk melakukannya. Yg pertama dgn cara mengedit kode HTML blog kita. Tapi yg ni banyak masalah bagi korang yg jenis x reti sgt bab2 HTML ni. Lagipun bukan semua template boleh diedit HTMLnya untuk buat related post ni. Lagi senang kita tutup cerita untuk cara yg pertama ni.

Kita terus je pada cara yg lebih mudah. mmg mudah gila punya.. kang klau aku kata susah korang malas plak nak blajo... hehehe.. Ok, disini aku gunakan khidmat linkwithin.com. Kelebihan membuat Related Post mengunakan widget linkwithin ni adalah, korang x payah susah2 nak mengedit kode HTML.

1. Mula2 korang kena bukak website LinkWithin.com... sila klik di SINI, dan korang akan nampak front page mcm image kat bawah ni.

Isi data korang dalam kotak yang dah disediakan mcm kat bawah ni.



Sebagai tambahan kalau background blog korang warna gelap atau hitam dan fontnya warna putih, korang jangan lupa memberikan tanda (tick) pada kotak " My blog has light text on a dark background". Klau background blog korang warna terang xyah la tanda. Dah siap isi semua tu korang klik pada "Get Widget".

2. Akan kluar satu page mcm kat bawah ni: Korang terus jer klik "Instal Widget",



3. lepas tu akan muncul plak step seterusnya mcm image kat bawah ni..: Pada step ni korang boleh pilih blog korang yg mana yg nak korang tambahkan widget ni, tp kalau blog korang satu jer, korang xyah la korang pening2. Dalam kotak "Title" tu plak korang letak la apa2 nama yg korang suka. x payah ubah pun xper. tujuannya hanya utk kesenangan korang nak cari bila ia dihantar pada layout blog korang nanti.



Seterusnya korang klik pada "add Widget" untuk ia dihantar pada blog korang.

4. Bila semuanya dah selesai, maka korang akan nampak ada widget baru dalam layout blog korang dengan "Title" (Kalau korang ada ubah la tadi) yang korang letak pada step 3tadi. Kemudian korang klick dan heret (Drag and Drop) widget tu ke bahagian bawah (footer) blog korang mcm image kat bawah ni.


5.Kalau semuanya dah selesai, klik "SAVE".


TAMAT.


InsyaAllah.. kalau korang ikut semua step ni dgn betul, rasanya memang x susah pun.. kompom jadi punya....
Sekian dulu.. selamat mencuba dan beramal... wassalam.

video seram...mendebarkan...rasa tak sanggup nak tengok...jadikanlah pengajaran...



Ya Allah jauhkan aku..suami...anak2 ku...keluargaku dari perkara2 mungkar...aminn

INGIN JADI PENULIS NOVEL BUKU PRIMA?

Adakah anda berbakat dalam bidang penulis? Kalau ada bakat, kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Jika anda mempunyai manuskrip yang telah siap tapi tidak tahu hendak dihantar ke mana, Buku Prima sedia menerima manuskrip anda.

Kriteria Manuskrip : Novel Dewasa - Jumlah mukasurat hendaklah antara 450-650, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 10@12, double spacing. Anda boleh menulis apa sahaja cerita yang anda suka seperti kisah seram, adat resam, satira, percintaan, kisah masyarakat, tahyul, misteri, cereka sains, thriller, islamik, pengembaraan, komedi romantik, jenayah, dunia korporat, kepahlawanan dan banyak lagi. Yang pastinya, jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai2 agama, bermesej, menarik dan bermoral.

Info tambahan
  • manuskrip anda mestilah yang asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.
  • kami berhak menolak manuskrip tersebut jika tidak bersesuaian.
  • manuskrip yang dihantar perlu di dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan anda juga perlu e-melkan ke prima@bukuprima.com.my.
Hantarkan manuskrip anda kepada:

BUKU PRIMA SDN BHD
Bilik 101 Tingkat 1,
Lot 7, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
03-55106636
03-55106637
prima@bukuprima.com.my
Klik link ini untuk melihat peta ke BUKU PRIMA SDN. BHD.

9.2.11

Curang Lagi.......Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya......

Aiiiiiii.....geram betul bila baca cerita kat akhbar metro hari ni....kisah suami yang ada perempuan simpanan....
kepada para isteri yang memiliki suami yang baik,  lebih baik berpada-pada....jangan sangka air yang tenang tu NO buaya....kalau perkara begini menimpa anda...bersabar ajelah...ujian dari Allah itu pasti ada hikmahnya. Errr...nak tau kisah lanjut bacalah kat bawah ni..


GEORGETOWN: Tembelang seorang datuk berusia 51 tahun yang dipercayai bersekedudukan hampir tiga tahun bersama kekasih gelapnya terbongkar apabila dicekup isterinya di sebuah rumah di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah (SPT), di sini, malam kelmarin.
Lebih mengejutkan hubungan sulit lelaki itu yang sudah mempunyai tiga cucu dijalin bersama teman wanitanya berusia 25 tahun dan ia gagal dihidu isterinya yang berusia 40-an.


Malah, episod tangkapan itu bukan saja dilakukan isterinya selain anggota polis, tetapi empat anak-anaknya turut melihat sendiri kecurangan bapa mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerima maklumat mengenai kes penangkapan seorang lelaki oleh anggota polis yang disyaki berkhalwat di dalam sebuah rumah.


Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya dimaklumkan mengenai tangkapan yang dilakukan seorang wanita terhadap suaminya sendiri.


Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan lelaki berkenaan mempunyai enam anak hasil perkahwinannya bersama isterinya sejak hampir 30 tahun lalu dan segala tindak tanduknya gagal dikesan mahupun menunjukkan sebarang perubahan pelik.


Katanya, isteri lelaki itu memberitahu dia mempercayai suaminya selama ini yang bertanggungjawab dan penyayang.

“Begitupun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila lakonan dan tembelang bagi mengaburi isteri serta anak-anaknya terbongkar.



“Paling menyedihkan, tindakan lelaki berkenaan sangat memalukan apabila ditahan isteri dan anak-anaknya sendiri,” 



8.2.11

Gambar Ariel Sharon koma = MUMIA FIRAUN

Ariel Sharon (bantuan·maklumat) (bahasa Ibrani: אֲרִיאֵל שָׁר‏וֹן, juga digelar Arik אָרִיק) (lahir 27 Februari 1928) ialah seorang bekas Perdana Menteri dan pemimpin tentera Israel yang melihat kerjaya politiknya berakhir akibat diserang angin ahmar yang teruk pada awal tahun 2006.


Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, namun kuasa-kuasa jawatannya dilaksanakan oleh pemangku Perdana Menteri Ehud Olmert berikutan angin ahmar Sharon pada 4 Januari 2006. Ketika itu, Sharon mula mengalami koma dan sehingga hari ini beliau masih belum sedar.

Ketika kerjayanya yang panjang, Sharon dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memmulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Ramai warga Israel sedemikian menganggapnya sebagai wira perang yang membantu mempertahankan negara ini ketika detik paling getirnya. Sebilangan pembangkangnya telah cuba mendakwanya sebagai penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitan pembunuhan ramai-ramai Sabra dan Shatila ketika Perang Lubnan 1982, yang mana Suruhanjaya Kahan mendapatinya bertanggungjawab secara 'tidak langsung' dan 'persendirian'. Sementara tiada seorang pun orang Israel yang melakukan pembunuhan itu, siasatan mendapati bahawa Sharon secara persendiriannya bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai akibat kelekaan dan terlebih keyakinan. Akibatnya, Sharon dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan. Namun begitu, Sharon masih lagi merupakan tokoh penting dalam Parti Likud, serta memegang pelbagai jawatan kanan dalam jemaah menteri dan parti, lalu menjadi pemimpin parti pada tahun 1999 dan Perdana Menteri pada tahun 2001.

Ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, dasar-dasar Sharon menyebabkan pertelingkahan di dalam Parti Likud, lalu Sharon sendiri meningglkan Likud untuk membentuk parti baru, Kadima. Beliau menjadi Perdana Menteri Israel pertama yang tidak bernaung di bawah Parti Buruh Israel atau Likud — kedua-dua parti inilah yang sering mendominasi politik Israel dalam sejarah. Parti baru yang ditubuhkan Sharon itu, dengan Olmert yang menampilkan diri sebagai pemimpinnya, memenangi bilangan kerusi terbanyak dalam Knesset pada pilihanraya 2006, dan sekarang merupakan sahabat campuran kanan dalam kerajaan Israel.

Bekas Perdana Menteri Israel ke 11 yang menjadi Jeneral semasa peristiwa Nakbah pada tahun 1948 yang membawa malapetaka kepada rakyat Palestin, Ariel Sharon kini koma (Persistent vegetative state) dah macam mumia Firaun. Tengoklah ni....


Siapa Kamal Antartuk

 ANTARTUK LAKNATULLAH ALAIH.



Kamal antartuk merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjatuhkan Khilafah Islam.Kepercayaan yang diberikan oleh pemerintah Islam digunakan sepenuhnya untuk menjatuhkan Islam.Bangsat ini telah berpakat dengan british dan barat dalam menjatuhkan Islam.

Ramai yang beranggapan Kamal tatu ini yang membebaskan anatolia dan palestin dari british sedangkan beliau sesekali tidak bertempur dengan british.Tiba-tiba sahaja british lari sekaligus menunjukkan ada pakatan antara mereka ini.Siapa Kamal Antartuk ini.Beliau merupakan seorang yahudi Daunamah.Nenek moyangnya sememangnya yahudi yang asal.Keluarga beliau berpindah dari sepanyol ke Salonika salah sebuah kota di turki.

Beliau lahir disini,Selonika merupakan sebuah bandar dalam negara Greek yang merupakan tanah jajahan Khilafah Islam pada masa ini.Ayah beliau dikatakan Ali Refa Arfanda seorang pengawal di jabatan kastam.Tetapi ada yang menyatakan Ali Refa hanyalah ayah tiri.Antartuk bermaksud bapa orang Turki.Beliau menyebarkan fahaman Kemalist iaitu fahaman yang mahu maju,pensekularan dan pembaratan.Pegawai kepada beliau iaitu H.S.AMSTRONG pernah menulis dalam bukunya Al-Zibu Al-Aghbar yang menyebut bahawa Antartuk keturunana Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke salonika seramai 600 keluarga.

Mereka mengaku memeluk islam pada tahun 1683 M.Walaupun mereka ini mengakui memeluk Islam tetapi masih berpegang kepada yahudi secara senyap-senyap.Ini diakui oleh Bekas presiden israil yitzak zifi dalam bukunya Daunamah yang diterbit pada tahun 1957M.Ada sebahagian yang menggap mereka dari nabi bani israel ...Antara mereka adalah Daunamah yang peluk islam tetapi amal yahudi.

Antara kejahatan terbesar beliau ialah Mengubah Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (selamat datang)
Menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Kebangsaan dan Kebebasan semata-mata menjatuhkan Khilafah Islam.

Memansuhkan kementerian wakaf dan Kementerian undang-undang syariah.Ini mengabaikan orang miskin dan anak yatim.
Sekolah agama ditukar kepada sekolah awam.
Dalam tempoh yang singkat beliau berjaya menghapuskan Hari raya dan melarang haji ditunaikan.

Membenarkan perkahwinan islam dan bukan islam.
Membakar akhbar,tangkap pengarang dan awasi ulama dengan ketat.
Beliau tidak punyai istri,Latifah hanim hanya bertahan selama setahun kerana tidak tahan dengan kefasidannya.
Membenar pemakaian tudung dengan syarat pakai skrit.
Pakai seluar panjang beserta topi dan tali leher.

Galak minum arak secara terbuaka.Galak majlis tarian dan dedah aurat.
Paksa tulis Quran dalam bahasa turki.Azan dalam bahasa turki.Perkataan arab dan parsi dibuang dalam bahasa turki.
Ucapan di Belikesir -agama perlu dipisah dengan kehidupan sedangkan fatwa mufti Ottoman pisah ugama dengan kehidupan adalah jalan mudah untuk kafir.

Jemput arkitek luar ukir patungnya di setiap bandar.
hAPUS iSLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.
Undang undang perkahwinan barat diguna pakai.
Masjid ayasophia dijadikan muzium.Banyak masjid dijadikan gereja.Masjid ditutup dan sembahyang jemaah dilarang.
Hapus kalendar islam.
Batal undang waris dan faraid secra Islam.
anggap dirinya sebagai tuhan.

SESUAI DENGAN KEJAHATANNYA ALLAH TELAH TURUNKAN AZAB YANG PEDIH KEPADANYA

Hadapi sakit kulit melampau sehingga ke kaki.
Sakit jantung
Darah tinggi.

Penyakit panas sehingga menyuruh bomb menyiram rumahnya 24 jam.Semasa tidur diletakkan ais di kain selimut.Beliau juga dibawa ketengah lautan bagi kurangkan panas namun tidak berhasil.Pada 26.09.1938 beliau pengsan 48 jam kerana tidak tahan panas sehingga hilang ingatan.Pada 09.11.1938 sekali lagi pengsan selama 36 jam dan mati.

Mayatnya tidak dikunjungi dan tiada siapa yang naka mengafan,mandi dan sebagainya.Adik perempuannya minta ulama sembahyangkan.Mayat diawet 9 hari 9 malam.

Semasa nak ditanam bumi tidak terima dan diawet selama 15 tahun sehingga 1953 di muzium Etna grafi.
Akhirnya ditanam juga di sebuah bukit dicelah batu marmar seberat 44 tan dengan keranda timah.

(marmar seberat 44 tan)

ULAMA TURKI MENGATAKAN BUKAN SAHAJA BUMI TURKI BAHKAN SELURUH DUNIA ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA MAYATNYA

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...