11.1.14

BAHAYA KOLESTEROL TINGGI JADI PUNCA STROK!

Sejauh mana kolesterol yang tinggi boleh mendatangkan bahaya?

Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan:


✎Aterosklerosis - penyempitan arteries.


✎Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.


✎Serangan jantung - berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, biasanya disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari. Ini menyebabkan otot jantung tidak berfungsi


✎Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen


✎Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena, menyekat aliran oksigen ke kawasan otak. Juga boleh berlaku apabila salur darah pecah. Sel-sel otak mula mati.


Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.



APA ITU STROKE? 



Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Serangan Iskemia Sementara (TIA)



Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.SUMBER

Apakah Gejala-Gejalanya?

Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah:
Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.

Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba.

Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.

Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan

Sakit kepala yang teruk yang mengejut

Rasa mual atau muntah


Selain mengamalkan gaya pemakanan dan cara hidup sihat pemgambilan supplement  Omega Guard, Garlic Complex dan Alfalfa juga dapat membantu mengurangkan risiko kita di serang strok.



OMEGA GUARD - EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL. Omega juga bagus untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal. RM136

GARLIC - Selain untuk menguatkan antibodi badan, bawang putih juga  telah digunakan sejak turun-temurun untuk menurunkan kadar kolesterol. Bawang putih mengandung bahan aktifnya s-allyl cysteine, serta suatu komponen thioallyl yang mempunyai khasiat hipolipidemik dan antitrombotik. Kajian di Munich University, Jerman, menunjukkan bahwa menambahkan bawang putih ke dalam diet akan menurunkan kolesterol jahat sekitar 10%  dalam empat bulan RM 47.50

ALFALFA - Fungsi serat yang ada dalam alfalfa membantu untuk merendahkan tahap kolestrol dalam badan. Kolestrol, lemak dan air brlebihan di dalam badan akan diserap oleh alfalfa dan dikeluarkan dari badan melalui sistem pembuangan najis. RM 53.75

SMS @ WHATSAPP 012 3117349 UNTUK PESANAN. 
HARGA SET UNTUK BULAN INI RM 220 SHJ - pos percuma.



✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...