11.5.13

Kanser - jangan putus asa!

Assalamualaikum.....

Dah penat berkempen .... rehatlah .... nak buat cerita sendiri pulak kali ni...

Baru-baru mak sahabat saya meninggal dunia kerana kanser.... rasanya baru sahaja sahabat sy itu call sy memberitahu yang emaknya disahkan kanser leher tahap 4 .... tak sampai 2 bulan dan pergi.. dalam hati saya berkata allah sayangkan dia.... tak mahu dia menderita sakit lama.

Pengalaman menjaga arwah emak yang disahkan mengidap kanser memang tak dapat saya lupakan hingga kini. Deritanya memang sengsara....

Semalam dapat pula berita jiran terdekat juga disahkan mengidap kanser payudara tahap 4. Ya allah.... terkejutnya sebab hari-hari nampak akak jiran tu sihat je.

Ada lagi seorang jiran dekat ni pun pengidap kanser payudara juga.... kata kwn2 lain yg lebih rapat, dah bernanah dah pun tapi dia tak mahu pergi hospital... lagipun nampak dia sihat je

Seorang lagi jiran pun kanser payudara juga.... dah buang sebelah.

Allah.... takutnya nak buat pemeriksaan.... bukan takut jumpa doktor tapi takut tgok keputusan!

Dulu masa dapat tahu emak ada kanser ... rajin goggle cari maklumat dan alternatif perubatan lain. Samalah macam kwn sy... dia belikan emaknya produk belalai gajah tapi  emaknya pula tak boleh langsung menelan sebarang cecair atau makanan.

ohh sesiapa yang belum pernah tahu tentang khasiat belalai gajah boleh rujuk Sini.

Sejauh mana keberkesanannya... wallahuaklam... kita hanya berusaha. Sekurang2nya dapat melambatkan pertumbuhan sel kanser pun sgt baik.

Jadi jika ada yang nak dapatkan produk belalai gajah boleh rujuk blog ni http://belalaigajahpenawarkanser.blogspot.com/

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu aiyang , selagi mampu kita merawatnya ikhtiarkan, kakak depan rumah akak ni pun dah dua tahun meninggal kanser payudara, Memang akak tengok dia sihat jer rupanya kanser dah tahap 4.
Takziah juga buat aiyang yg mak aiyang pun kena Kanser, Moga roh mak aiyang dicucuri rahmat Ilahi. Amin

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...