20.5.13

Ini dia video ucapan Adam Adli yang membuatkan beliau ditahan polis - nilai sendiri

kecoh bila adam adli kena tahan polis.... ramai penyokong beliau yang tak puas hati.... bila tak puas hati polis la yg jadi sasaran maki hamun.
yang memang tak suka adam adli merasakan ini yang memang patut dia dapat.
aku???
okeyyy..... secara peribadi aku respect kat adam adli atas keberanian dia bersuara. bagi aku dia lebih baik dr anak muda yang jadi samseng jalanan, meragut, merosakkan anak gadis, menghisap dadah, berfoya pergi clubbing buat maksiat dan sebagainya lg yang tak baik.
mana tau dia baik tak buat semua tu? aku tau sebab aku tak jumpa pun sebarang maklumat dia buat kerja jahat. yg ada cuma perkara menggemparkan yang dia pernah buat dulu... turunkan gambar pm, isu ptptn dan kali ni isu pilihanraya.
bila dia ditahan polis atas kesalahan akta hasutan, ramai yang bekap dia.... kenapa dia ditangkap...kenapa takut sangat dengan adam adli ni.... kenapa nama2 besar yg keluar kenyataan rasis tu tak pulak kena tangkap?
okeyyy.... dengar baik2 apa yg diucapkan oleh adam adli dalam video ni....



 " Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada disini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?"

"Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalanraya, sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihanraya takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. 

.
ucapan beliau memang mengkagumkan bagi sesetengah pihak. berani!!! tapi bila sampai mengajak  turun ke jalanraya untuk rampas kuasa itu dah jadi bab lain... boleh ditafsirkan kepada gulingkan kerajaan. setuju ke cara tu....???
 BERSIH tu lain.... BLACKOUT 505 pun lain.... RAMPASAN KUASA dah lain!!! walaupun aku sokong pr tapi aku tak rasa kita perlu gulingkan kerajaan dengan cara turun ke jalan raya berdemonstrasi ... dan  berlaku pertumpahan darah bagai. aku sayangkan negara ni.... aku masih cintakan keamanan .... dan jika pr naik dengan cara rampasan kuasa adakah selepas itu negara akan terus aman? boleh jamin ke???
Silap2 percaturan PR bukan bertambah kuat tapi bertambah hancur.

ATAU apa yang ada dalam otak adam adli tu tak sama seperti apa yg aku dan lain-lain orang fikirkan???

jadi wahai anakmuda yang bernama adam adli.... berfikir dahulu sebelum berkata2... dan doa tulusku buatmu teruskan berjuang dilandasan yang benar... pray for adam adli.

akhir sekali bacalah kata-kata di bawah ini


Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa yakni kerajaan Allah s.w.t
'Kita tidak kalah..cuma belum menang 
(Pesan TGHHadi )



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...