30.11.11

Lisa Surihani di Perhimpunan Agong Umno 2011





Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.


Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.







Dikerumuni Puteri-puteri UMNO untuk bergambar kenangan.


Cantik......Cepat Yusri nanti kena sambar dengan menteri...melepasss

Oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demoKerasi, jadi.. ikut suka dia lah nak sokong Parti mana sekalipun..

SINI )

Sumber gambar.. tertulis di gambar tu..

Gangguan syaitan ketika menghadapi sakaratul maut

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:

Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

[Video] ‘The Message’ Filem Terbaik Tentang Dakwah Rasulullah

oleh Shahmuzir

Filem bertajuk ‘The Message’ arahan Moustapha Akkad adalah filem evergreen yang sentiasa dapat menarik perhatian sebahagian kita apabila menontonnya.  Bukan sekadar menarik perhatian, malah menyentuh hati dan perasaan serta pasti menitiskan air mata terutama pada babak terakhir filem tersebut, walaupun  sudah beberapa kali menontonnya.

Filem yang dihasilkan pada 1976 ini mengisahkan perjalanan hidup Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam secara ringkas, bermula dari dakwah secara bersembunyi di Makkah, peristiwa hijrah, perang Badar, perang Uhud, perjanjian Hudaibiah hinggalah peristiwa pembukaan Makkah.


Penggambaran filem tersebut telah dilakukan selama hampir 5 bulan di Libya dan Morocco.

Terdapat dua versi bahasa telah dihasilkan bagi filem.  Iaitu versi bahasa Inggeris yang bertajuk ‘The Message’ dan versi bahasa Arab yang bertajuk ‘Ar-Risalah’.  Kedua-dua versi ini diarahkan oleh pengarah yang sama, tetapi dilakonkan oleh barisan pelakon yang berbeza.
Menurut Moustapha Akkad, beliau menghasilkan filem tersebut bukan hanya tertumpu kepada nilai produksi filem seperti jalan ceritanya yang menarik, terkandung strategi dan drama.  Tetapi filem tersebut mempunyai keistimewaan dan bersifat peribadi kepada beliau yang beragama Islam.  Moustapha Akkad berharap agar filem tersebut dapat menerangkan serba sedikit tentang kisah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam dan agama Islam kepada masyarakat barat yang rata-rata mempunyai persepsi yang negatif terhadap Islam.    Seterusnya merapatkan jurang perbezaan antara dunia Islam dan barat.
Pada pandangan saya, inilah filem terbaik yang telah saya tontoni yang mengisahkan dakwah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Sejak kecil remaja hingga kini, filem ini telah saya tontoni banyak kali dan sentiasa memberikan kesan yang mendalam serta menerbitkan rasa rindu kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Ia wajar ditonton bagi semua golongan masyarakat samada Muslim atau yang belum-Muslim. 
Walaupun begitu, filem ini tidak memadai dijadikan rujukan kepada kisah insan mulia, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Buku-buku sejarah yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan kitab-kitab hadith mesti dijadikan rujukan untuk mengetahui kisah yang terperinci lagi sahih tentang jalan hidup Baginda.  Antara buku sirah Nabi yang selalu disarankan ialah buku yang berjudul ar-Rahiq al-Makhtum yang dihasilkan oleh Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri.
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.
[Video] ‘The Message’ Filem Terbaik Tentang Dakwah Rasulullah

Budak Maut Kena 'Basuh'

GAMBAR Bastien dan jambangan bunga yang diletakkan berhampiran kediaman keluarganya, semalam.
GAMBAR Bastien dan jambangan bunga yang diletakkan berhampiran kediaman keluarganya, semalam.


PARIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.
Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris. Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.

Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu.


“Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga.


Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku.

29.11.11

Bibir Terbesar....Cantik tak?



Kenali Kristina Rei, wanita yang kini mempunyai bibir terbesar di dunia.
Kristina yang hanya berusia 22 tahun dan telah membelanjakan £4,000 (RM19,767) untuk suntikan bibir dengan harapan menyerupai heroin filem kegemarannya, Jessica Rabbit.
Juruhias kuku dari St. Petersburg, Rusia itu yakin bahawa bibir nipisnya dahulu adalah hodoh, jadi dia memilih untuk melakukan pengubahsuaian bibir - sebanyak 100 kali- dengan matlamat menjadikan muncung besarnya lebih besar!
Bercerita mengenai muncung gemuknya, Kristina berkata: “Saya rasa saya kelihatan hebat dan ia membuat saya gembira. Kadang-kadang orang yang tidak dikenali menjerit pada saya di jalanan seperti “bibir besar” tetapi saya tidak peduli. Saya ingin melakukan lebih melampau lagi. Saya mahu kelihatan seperti watak kartun,”.
Dia menambah: “Saya ketagih – saya sukakannya.”
Kristina inginkan bibirnya dibesarkan sejak dia berusia empat tahun lagi, dan berkata dia sentiasa rasa tidak yakin dengan rupa parasnya – dan usikan semasa zaman kanak-kanaknya tidak membantu keyakinan dirinya.
Iklan televisyen Rusia yang mempromosikan pembedahan kosmetik adalah perkara biasa, katanya, memberikannya idea di usia sangat muda.
Dia mendapatkan suntikan pertama pada usia 17 tahun, dan sejak itu dia tidak pernah pandang kebelakang lagi. Kristina boleh makan, bercakap dan bercumbu dengan cara serupa dia melakukannya sebelum ini dan berkata dia tidak mengalami apa-apa kesan yang menyakitkan.
Kristina berkata: “Selain daripada bagaimana saya kelihatan, bibir saya belum ada impak besar pada kehidupan saya, jadi saya pasti tidak akan berhenti sekarang,”.
Perunding Pakar Bedah Plastik, Dr Yannis Alexandrides dari 111 Harley St, memberitahu Yahoo! Lifestyle: “Obsesi Kristina dengan suntikan bibir ini bererti dia mungkin menghidapi sindrom dysmorphia badan (sejenis penyakit mental) dan ini tidak akan menjadikannya calon yang baik untuk mendapatkan lebih banyak penambahan komestik,”.
Dr Yannis percaya yang pandangan Kristina mungkin berkait dengan tanggapan masyarakat terhadap aspek kecantikan dan berkata: “Orang mengaitkan bibir yang sangat nipis dengan penuaan dan bibir penuh dengan muda dan kualiti-kualiti yang boleh dipercayai.”
Dia menambah: “Dalam jangka panjang suntikan-suntikan itu tidak bagus dan bertentangan dengan nilai estetika yang baik.”
Penagih kecantikan itu merancang untuk mendapatkan lebih banyak suntikan kerana dia merasakan yang bibirnya “ternyata masih terlalu kecil pada ketika ini”.
Dia berkata: “Bibir besar saya telah membantu meningkatkan keyakinan saya. Malah ibu bapa saya gembira untuk saya. Mereka benar-benar tidak kisah dengan rupa saya. Beberapa rakan saya memberitahu saya tidak sepatutnya membesarkan lagi bibir tetapi saya belum puas hati,”.
Selain bibirnya, Kristina berharap untuk mendapatkan lebih banyak pembedahan kosmetik pada masa akan datang, termasuk buah dada dan hidung serta telinga tajam “seperti seorang bunian”.

Berita Berkaitan:

Kutip Najis Musang Dapat RM704.83 Sehari



LIPA, Filipina – Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.
Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperolehpendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.
Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.
Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.
Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).
Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.
taik Kutip najis musang dapat RM704.83 sehariBIJI kopi yang dikeluarkan musang menerusi najis di pergunungan Malarayat di Lipa, Filipina

Suami Paling Pemalas Dalam Dunia Tapi Punyai 14 Isteri..


Bapa paling pemalas dan tidak bertanggungjawab di Britain dijangka menyambut kelahiran anaknya yang ke-16 hari ini.Anak-anaknya itu dilahirkan oleh 14 wanita berlainan beberapa hari lagi.
Dalam pada itu, seorang lagi anaknya akan dilahirkan dalam masa beberapa minggu lagi.
Penganggur, Jamie Cumming dan teman wanitanya menjangka anak itu akan dilahirkan Jumaat lalu.Bagaimanapun, bakal ibu yang berusia belasan tahun itu dihantar pulang dari hospital selepas doktor mendapati masa kelahirannya belum tiba.

Cumming, 34, dari Dundee yang sudah menjadi bapa kepada 15 anak hasil hubungan dengan 13 wanita berlainan sebelum ini, juga menanti kelahiran seorang lagi anak dari seorang wanita lain pada Januari depan.


Kekasihnya ketika ini ialah gadis berusia 19 tahun, Chelsea, sementara seorang lagi teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, melahirkan anaknya yang ke-15 dua minggu lalu.
Cumming yang berasal dari Dundee tidak mampu menyara anaknya yang ramai itu dan kebanyakan wanita yang melahirkan anaknya juga bergantung kepada bantuan kebajikan.
Ibu Cumming, Lorraine yang tidak bercakap dengan anaknya itu berkata, dia malu dengan perbuatan Cumming dan menggesa dia bekerja lebih keras untuk menyara semua anaknya.

“Dia sudah begitu lama menganggur tetapi tidak ada tanda-tanda mahu bekerja. “Kami tidak bertegur sapa antara satu sama lain dan walaupun saya begitu menyanyanginya kerana dia anak saya, saya begitu kecewa dengan sikapnya. “Sungguh sukar untuk berdepan dengan keadaan ini tetapi saya berusaha untuk menjenguk semua cucu saya. Dia langsung tidak peduli walaupun dia menyangka dia bapa yang baik kerana tinggal dengan tiga daripada mereka.


Lorraine juga menyelar sikap bebas anaknya dalam memilih teman. “Saya sungguh sedih kerana dia langsung tidak mempedulikan anak sulungnya, Samantha yang saya pelihara sejak dilahirkan. Usia wanita yang digauli anak saya ketika ini tidak jauh beza daripada Samantha. Dia sungguh sukakan gadi remaja. Saya boleh sifatkan dia sebagai pemangsa seks.” Cumming berusia 17 tahun apabila Samantha dilahirkan pada 1995.

Lorraine dan suaminya terpaksa membesarkan Samantha, yang kini berusia 16 tahun, seperti anak mereka sendiri.
Antara 1997 dan 2002, Cum- ming menjadi bapa lima anak hasil hubungan dengan lima wanita berlainan.
Pada 2004, dua anak perempuan dan seorang lelaki dilahirkan selang beberapa bulan dan antara Disember 2007 dan Ogos 2008, bekas pekerja bar itu memperoleh tiga lagi anak

Esakan Di Makam Keramat

KUNCI...Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor. 
KUNCI...Kori mengunci pintu makam 
Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor.
KUALA TERENGGANU: “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.
Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.
Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan.



Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi.


28.11.11

Empat maut jambatan runtuh di Kalimantan


BEBERAPA anggota polis Indonesia memeriksa tapak jambatan runtuh di bandar Samarinda, Kalimantan Timur semalam.


JAKARTA, Indonesia - Sebuah jambatan sibuk di Kalimantan runtuh dengan menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 19 yang lain cedera selepas sebuah bas, beberapa kereta dan motosikal terjatuh ke dalam sungai, kata polis dan saksi.
Seorang pegawai polis, Kapten Syafii Nafsikin berkata, pasukan pencari dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian selepas nahas berlaku kelmarin.
Jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 700 meter itu dibina menyerupai Jambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat. Ia menghubungi bandar Tenggarong dan Samarinda di wilayah Kalimantan Timur.
Dalam wawancara bersama stesen televisyen TVONE, saksi kejadian, Syaiful berkata, insiden berlaku ketika jambatan berkenaan sesak dengan kenderaan.
Menurutnya, dia melihat sekurang-kurangnya sebuah bas dan hampir 12 buah motosikal terjunam ke dalam Sungai Mahakam. Beberapa buah kereta turut terjunam ke dalam sungai
"Ramai orang menjeritmeminta tolong ," kata Syaiful.
Jurucakap polis Kalimantan Timur, Kolonel Col. Antonius Wisnu Sutirta berkata, punca jambatan berusia 10 tahun itu tiba-tiba runtuh masih belum dapat dipastikan.
Katanya, semua mangsa yang cedera kini dirawat di beberapa buah hospital berdekatan di wilayah berkenaan. - Agensi

27.11.11

Khairul fahmi diugut???


KUALA LUMPUR – Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.
Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.
“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.
Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.

Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.
“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape?  U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.
Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.
Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.
Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.
Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...