14.1.14

Salam Maulidur Rasul & Cerita Abah Saya

Salam Maulidur Rasul...
Pagi tadi pulang sekejap ke kampung ...... alhamdulillah rasa lapang sedikit hati saya melihat bengkak di kaki abah dah surut. Abah saya tu dah berumur 72 tahun ada darah tinggi dan juga gout yang sangat kronik. Selalu sangat dia sakit kaki jika tersalah makan.... dah la abah tu susah sangat nak pantang makan. Sesekali boleh la dia tahan tak makan .... tapi sampai bila nak tahan kan. Sejak mak dah takde abah kadang-kadang masak sendiri ikut selera dia.

Selalunya bila kaki sakit sebab gout menyerang abah akan minta ubat tahan sakit dari kakak ipar yang duduk sebelah rumah. Sebab abang pun ada penyakit yang sama juga jadi stok pain killer tu senantiasa ada kot. Sebab tu la saya ni pun ada jugak penyakit ni.... lagi dahsyattt....
Dorang tu sekurang-kurangnya dah berumur baru dapat.... saya ni tak berumur pun lagi... hihi...

Ok... sambung balik...
Sejak sembuh dari gout selepas mengambil suplement shaklee saya pun bagi juga abah makan apa yang saya makan. Saya bagi abah alfalfa dan omega. Sampai habis sebotol saya tengok tak kurang-kurang pun bengkak kaki abah ni....  kaki abah ni bengkak sembab macam perempuan mengandung tu. Tapi abah kata sakit berdenyut-denyut tu tak ada dah.... kalau ada pun jaranggggg sgt. Cakap abah depan saya la.
Cuma sebab sembab tu dia nak jalan rasa susah... tak boleh nak lipat kaki... rasa berat... nak bawa motor pun abah tak berani dah sebab kaki tak kuat.
Aduhaiii..... siannya abah. Tak dapat dah gi ngeteh pagi2. Harapkan anak je la bawa time cuti atau beli bungkus je.

Baru-baru ni saya belikan abah Vivix pula. Saya cakap kat abah "abah .... ada testimoni tu tunjuk bapa dia stroke minum vivix elok tau bah.... abah cuba la minum juga."
Abah ok je.... abah ni kalau saya belikan apa pun dia telan.... jus monavie, pamoga, belalai gajah semua abah dah cuba.  Abah macam biasa tanya harga. Bila saya sebut, terkejut abah! Saya kata abah tak payah fikir pasal tu. Saya percaya walaupun saya ini hanya penanam anggur tapi insyaallah rezeki saya sentiasa ada.
Seminggu selepas tinggalkan  Vivix kat abah  saya tengok kaki abah sama je..... aduhhh... susah lagi hati saya. Minggu berikutnya saya tinggalkan abah sebotol alfalfa lagi. Saya cakap abah ni banyak sangat toksin nih.... abah makan ni sekali ye...

Pagi tadi saya pulang lagi jenguk abah.... jeng-jeng... saya tengok kaki abah saya macam hitam je.... saya tengok dekat-dekat... ehhh....keringnya kaki abah.... agaknya sebab dah lama sangat bengkak menggelembung tu bila kecut nampak macam kerepot la kan.... "sakit ke bah?" Sambil tu saya cucuk-cucuk kaki abah dengan jari saya. 'Tak lah.... abah baru minum separuh botol yang...."

Alhamdulillah.... susut jugak akhirnya bengkak kaki abah..... lama betul dia menanggungnya.Saya lihat gatal-gatal macam kudis kat kaki abah pun hilang... jadi elok je kulit abah.  Harap-harap abah terus sihat lepas ni. Sebagai anak saya akui tak banyak yang saya boleh buat untuk abah memandangkan saya duduk jauh dan balik pun sekejap sekejap aje. Mujurlah ada adik abang dan kakak yang duduk berhampiran dengan  abah. Semoga mereka dirahmati Allah SWT kerana menjaga abah dan terus dilimpahi rezeki yang berganda-ganda.

baca juga :http://aiyangdisayang.blogspot.com/2013/11/pesakit-stroke-pulih-selepas-minum.html




✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...