26.7.11

Kalau nak kawin....pilih betul2 supaya tak menyesal!

Tips Memilih Pasangan Hidup

Manusia  tidak dapat memilih siapa yang patut jadi ibu dan bapanya. Tetapi manusia masih ada ruang dan peluang untuk memilih siapa bakal pasangan hidupnya.
Jika tidak boleh memilih, masakan ada pedoman agama dalam hal-hal yang harus dititik beratkan ketika pemilihan jodoh?
Nabi SAW sendiri ada memberitahu kriteria  atau petua dalam pemilihan pasangan hidup? Antara lain Nabi SAW bersabda: “Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yang kuat agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu.” – Riwayat Bukhari Muslim dan lain-lain.


Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar. Masakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya. Pemilihan bakal suami bagi seorang wanita adalah lebih kritikal sebenarnya.


Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata hingga melupakan pedoman syarak maka boleh membawa padah. Dibimbangi nanti pilihan suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju syurga. Sebabnya suami sebenarnya ibarat ibusawat penghubung talian taat seorang isteri kepada Allah. Ia juga menjadi laluan turun cinta dan redha Allah SWT kepadanya. 


Begitu juga bagi lelaki.Jika tersilap pilih calon isteri maka besar juga risikonya. Ini disebabkan dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memimpin seisi keluarga meniti jalan ke syurga. Kesefahaman dan kerjasama penuh daripada isterinya amat diperlukan untuk menjayakan tanggungjawab besar yang dipikulnya. Jika suami gagal mendidik dan memimpin keluarga, bukan sahaja anak isteri yang terhumban ke dalam neraka, bahkan dirinya sekali terikut sama.


Jangan ambil mudah dan terburu nafsu membuat pilihan. Lebih-lebih lagi jangan membuat keputusan berdasarkan desakan persaingan atau bimbangkan apa orang lain kata. Maka seharusnya terlebih dahulu mencari jalan untuk memastikan bahawa bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta berpotensi menuntun ahli keluarganya ke syurga.

Setelah merasa aman dan percaya terhadap pegangan agama dan hati budi calon suami maka terimalah pinangannya. Sehubungan ini Nabi SAW ada bersabda: “Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” – Riwayat Tirmizi


kalau memilih pemain bola sepak sebagai pasangan hidup kenalah terima selagi dia masih mampu berlari maka selagi itulah dia akan mengerah kudratnya mengejar bola.....tak kiralah siang atau malam hatta bermagrib di padang.

19.7.11

(Foto & Video) - Penyokong Liverpool boo penyokong MU di Stadium Bkt Jalil

 Tuan tanah dan anak yang pergi menyaksikan perlawanan Malaysia Vs Liverpool baru2 ni bercerita....cerita je laaaa.....sebab meka pegiiii.....aku ni tak pegi...kan.....kan.....dan ceritanya itu ialah tentang INI.....saksikan!

Seorang penonton yang memakai  jersi no 10  pemain Manchester United tertera nama Rooney terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong kelab Liverpool sendirian semasa dalam sesi latihan pasukan tersebut di Stadium Bukit Jalil. Ahli-ahli kelab Liverpool menjerit-jerit mendesaknya supaya membuka baju yang dipakainya. Pada mulanya dia enggan.


Penyokong-penyokong kelab Liverpool mula bersorak dan menjerit meminta pemuda berjersi pasukan MU itu supaya membukanya. 

Seorang ahli kelab penyokong pasukan Liverpool cuba memujuknya membuka jersi yang dipakainya.
Selepas mendengar jeritan 'buka, buka, buka' daripada ribuan penyokong Liverpool akhirnya dia terpaksa akur dengan desakan itu.
Seorang wanita cuba memakaikannya dengan jersi pasukan Liverpool tetapi pemuda itu enggan.
Pemuda tersebut kelesuan, moody, rela tidak berbaju.  Kemudian dia beredar dari tempat duduknya ditemani rakan. Kesudahannya... lihat video dibawah... 
 
 
kesian kat adik niiii......nak salahkan siapa ekkk.....???
 

Air Kuning untuk PM ku di London

Lama tak update blog.....lepas 907 tu fb sangat meriah dengan gambar2 dan video2 rakaman semasa BERSIH di ibu kota....sampai nak update entri pun tak sempat....(heeee alasannnnnn).
Taaaaapiiiiiiii......cerita yang satu ni.....hangat dan luar biasa...makanya walaupun dah terlambat beberapa hari aku tetap akan masukkan juga...untuk kenang-kenangan hari tua....alahaiiii....cerita apa lagi kalau bukan cerita KUNING.....KUNING....KUNING....eheheeee

 Laporan Selatan Online
Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose..



Kalau nak lihat yang super impose sila lihat di (SINI)..artikel berkaitan dengan Najib masuk mengadap pula sila lihat di (SINI).

Setelah bertemu dengan Perdana Menteri Britain David Cameron di No 10, Downing Street. Najib dan delegasinya atau rombongan keluarganya (rombongan keluarga pasal Anak, Bini dan Adiknya turut sama).Najib mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom jam 3.30 petang waktu London (10.30 malam waktu Malaysia).

Ketika beliau dan rombongannya itu tiba di Mansion House, Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames beliau disambut meriah oleh rakyat Malaysia yang berada di London juga dengan warna kuning..

Meriah atau tidak korang sila lihat di bawah..

Lagi gambar-gambar yang tak mungkin disiarkan oleh
TV3 atau Utusan sila lihat di (SINI)

Aku ingatkan setakat itu saja episode kuning buat Najib.. rupa-rupanya episode Kuning buat Najib bersambung pula pada sebelah malamnya pula..


Dimana Air minuman berwarna kuning turut menjadi hidangan pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama warga Malaysia di London.

Menurut tweet seorang rakyat Malaysia @Najmi Naim yang tinggal di Newcastle, UK. "Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan."

13.7.11

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan


Cicak Tokek mendapat permintaan yang tinggi di pasaran


PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.
“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.
Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.
“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.
“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.
Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya. mstar

KISAH BENAR: Catatan Seorang Peserta Cina: Saya Rasa Selamat Bersama Orang PAS

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.

Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan


Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.

Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.


Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!


Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.


Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.
-MerdekaReview

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

link

6.7.11

Dialah Seth Tan ku......

mengapa aku tidak boleh sesabar dia
bila aku marah
segala yang buruk-buruk aku keluarkan
namun dia tetap sahaja sabar
dan mahu aku disampingnya
 bila aku marah dia malah menarik tubuhku dengan lebih rapat
caranya seolah-olah dengan  begitu  kemarahanku akan semakin surut
tapi
aku tak suka
aku tak suka bila aku sedang marah dia menenangkan aku dengan cara begitu
seolah-olah mahu menguasai aku
pelukan tidak mampu meredakan amarahku
malah aku semakin benci
seperti tiada jalan penyelesaian
tapi jauh di lubuk hati
aku kagum dengan hati kecilnya
dia sentiasa memaafkan aku
dia sentiasa menunggu aku datang menyalaminya
dia tak pernah jemu mengucup dahiku
seketika
aku terfikir akan adakah lelaki yang begitu mulia sepertinya
katanya sejahat apa pun abang
abang tetap sayang keluarga kita
kenapa aku tak mahu bersyukur
di luar sana
ada suami yang  memukul isteri
memijak isteri
menjual maruah isteri
 malah membunuh isteri
tapi aku......
tak pernah sekali pun di jentik
patutnya aku bersyukur
seperti mana kata suamiku
abang sangat bersyukur sebab bertemu kamu
berkahwin dengan kamu
ingatlah susah senang kita
tujuh tahun abang tunggu kamu
abang takkan lepaskan kamu kepada orang lain
inilah gula-gula jiwa
yang dia ucapkan bila aku marah
ahhhh
kekadang situasi ini membuatkan aku jadi tensi
aku takut jadi nusyuz
aku takut
takut
takut
ya allah
ampuni aku
syukur ya allah kau anugerahi aku suami yang sentiasa memaafkan aku
aku akan belajar
jadi seperti dia
sabar
tenang
mungkin ada hikmah mengapa aku dan dia bertemu
semua itu hanya Dia yang tahu


Seth Tan - suami idaman isteri2  yang tak begitu solehah seperi ku
isteri solehah bukan seperti aku
aku ni sangat banyak kekurangan
aku sedar diri aku
siapa

 

bila sikafir dan munafiq bersatu

Pada hari Sabtu yang lepas
aku menghadiri kem motivasi bagi murid tahun 6
aku tertarik dengan kata-kata salah seorang ustaz
anak-anak yang baik itu berasal dari ibubapa yang baik-baik juga
tapi
yang menjadi masalah
kita kawin dengan orang yang kita kenal dan kita cinta
kekadang kita tak kisah pun latar belakang dia
ada juga yang cinta melebihi segala-galanya
biarpun tak berharta kita tetap cinta
biarpun rupa tak secantik atau se kacak mana tetap juga cinta
tak tau sembahyang pun kalau dah cinta tetap cinta
dari mana asal usul keturunan pun tak peduli kerana hebatnya cinta
kalau yang kita cintai tu mengidap penyakit genetik sekalipun cinta tetap diteruskan
hebat tak cinta?

kurang harta boleh di cari
tak cantik tak tampan boleh di make over
tak tahu solat boleh belajar
tapi
bila masuk keturunan atau genetik ni
susah sikitlah
tak sikit tak banyak mesti ada tempiasnya
contoh............
bila bapa berkahwin lain dan mengabaikan isteri pertama
sikit sebanyak mesti ada anak lelaki yang turut mempunyai perangai ala-ala si bapa
anak perempuan pula tak kisah pun mengambil suami orang
dan kekadang allah itu maha kaya
hari ni si mak ambil suami orang
kemudian suami anak perempuannya pula di ambil orang
kalau pun anak lelakinya baik tak nak tinggalkan isteri
tapi ada perempuan simpanan pulak
lahirlah anak luar nikah
anak yang sah taraf pula perangainya masyaallah
gediks
lari rumah
lagi satu
kalau menipu tu macam air yang mengalir dari paip je lancarnya
solat
tapi menipu
bersumpah dengan nama allah tapi menipu
(ala2 sumpah dato T...hihi)
jadi kalo di cop sebagai munafiq jangan marah tau
dan
si kafir ni datangnya dari mana pulak
yang ni kawan si munafiq
cinta hati si munafiq
tak kisahlah haram ke berdosa ke
kalau dua hati dah bersatu
memang susahlah nak dipisahkan
terus jadi munafiq agar dapat terus bersama dengan si kafir
CINTA la katakan

perghhhh.....apa punya entri la  nih
menakutkan jeee.....
macam sergio menipu marimar
bila di ugut oleh angelica mata satu tu....

sesiapa yang terasa dengan entri ini maaf
orang kata satu jari tunding orang tiga jari tunding diri sendiri
bukan 4 yee...sebab ibu jari tu tunding atas
maknanya
apa pun kejadian semua adalah dengan kuasa Allah
hanya Allah yang maha mengetahui





TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...