1.11.13

Mengalir Air Mataku - Kisah benar Vivix

Mengalir Air Mataku, Kerana VIVIX shaklee dan izin Allah Alhamdulillah!

Alhamdulillah syukur padamu ya Allah, 



Saya dengan rasa gembira ingin share pada rakan-rakan blog saya tentang ibu kepada suami saya. Cerita dibawah ini adalah bukan rekaan yang meraih simpati atau hanya membuat cerita suka-suka. 



ini cerita suami saya, 



Setiap kali balik kampung, mak memang sentiasa ceria menyambut kami sekeluarga balik, macam-macam dibuat dan dimasak nak melayan cucu yang makin lama makin aktif menyediakan bilik tidur untuk kami berehat... alhamdulillah sayang betul mak pada anak-anak dan cucu-cucunya... 



Tapi lama kelamaan nampak sikit perubahan disebalik wajah yang sentiasa ceria dan tersenyum, kadang-kadang terkeluar dimulutnya "mak tak berapa larat la nak naik tangga ke atas lutut sakit, cekang beluting (bahasa kampung di perlis, cekang betis)" so takpelah kami naik atas mengemas sendiri, tiada masalah sebenarnya memang kami taknak menyusahkan mak. 

sekali lagi bila dia mendukung cucu nya "tok tak boleh angkat lama-lama cucu oiii sat lagi kebaih tangan lutut semua" kata mak. Dalam hati saya dulu releks je angkat, sekarang ni lain macam pulak errrmm. Takpelah mungkin sebab faktor umur kot... lagi pun cucu dia pun makin lama makin besar memang lah tak larat. Saya sendiri pun kadang-kadang letih. hehehe



Satu hari ternampak mak tengah sembahyang atas kerusi, aikkk bila masa plak sembahyang atas kerusi ni, teruk jugak ke sakit lutut dia?. Lepas je sembahyang terus interview mak. " Lama dah ka semayang atas kerusi? sakit sangat ke lutut? jatuh ka? " macam-macam soalan yang saya tanya macam peluru berpandu. Mak senyum je sambil explain satu persatu. Dah lama rupanya dia sakit cuma tak tunjuk sangat tapi sejak dua menjak ni makin teruk sikit kadang-kadang sampai nak kebas separuh badan, lutut pun tak boleh bengkok time nak sujud. Aduhhh tersentak jugak time tu, masakan supermak saya yang power ni kehulu kehilir dengan senjata peperangan (senduk dan penyapu) tiba-tiba kurang sihat. Macam-macam jugak lah mak minum dan makan tapi sama juga. Walaupun sakit tapi mak masih senyum. Susahlah nak tengok dia mengeluh penat ke atau sakit ke. 



Balik ke KL saya kaji sikit tetang vivix dah kebaikan nya memandangkan isteri saya dah join shaklee dan shaklee ada satu produk yang namanya VIVIX. Setelah mengoogle saya terjumpa tetang cara vivix ni bertindak.



1. Mempertahankan sel (cell defense)


vivix shaklee cell defense

2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)


shaklee vivix cell energy

3. Memperbaiki sel (cell repair)


shaklee  vivix cell repair

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)





         So saya terpikir kalau yang jenis macam ni mesti sesuai sangat sebab selalunya orang yang berumur sel-sel makin kurang dan performance tak macam anak dara umur 17 tahun ye tak? Masalahnya vivix ni mahal le pulak. Setelah berbincang dengan isteri, dia pun setuju try sajalah duit boleh cari tapi kalau mak?.  



Tanpa lengah lagi dengan semangat membara bak api gunung berapi saya menghadiahkan mak dengan sebotol vivix. Sekali dia tanya saya balik " Apa benda ni hang nak bagi kat aku ni, makan pulak satu sudu kecik saja, berkesan ka?". "Try dulu mak jangan lupa baca bismillah, niat kita nak berubat kalau Allah izin mak baik kami dah cukup gembira, boleh solat tanpa guna kerusi pun kira dah syukur lah" kata saya. Minggu kedua lepas dia minum saya follow up, macam doktor plak kan... tanya dia... alhamdulillah ada kesan positif dia rasa ok sikit tapi still sembahyang atas kerusi.Lepas sebulan setengah rasanya balik semula ke kampung melawat mak dan abah. Alhamdulillah syukur sangat dia kata dia dah boleh sembahyang tanpa kerusi kebas-kebas pun dah kurang, dengan cucu bukan main ligat lagi mengejar cucu yang tak reti nak duduk diam. Diam-diam saya mengalirkan air mata kegembiraan. Walaupun pengorbanan saya tak sama dengan mak yang membesarkan saya sekurang-kurangnya dapat lah jugak tolong dia walaupun sedikit. Siapa yang tak gembira boleh bantu orang kan? 



Begitulah sharing dari suami saya. Fuhh kadang-kadang bila kita tengok Ibu Bapa, Adik Beradik, Sedara, Kawan-kawan dan orang sekeliling kita gembira, dapat pulak tolong orang yang kita sayang berkesan pulak tu mesti kita pun gembira, pahala pun dapat tau... dalam kita mengejar cita-cita jangan lupa orang yang kita sayang ok. 


baca lagi http://aiyangdisayang.blogspot.com/2013/10/vivix-bantu-lambat-penuaan-wajah.html

Alhamdulillah.... tumpang gembira baca kisah di atas...  beruntung orang yang masih punya emak.





Sesiapa yang berhajat untuk membeli Vivix dengan harga lebih murah dari biasa inilah masanya.

Bulan ini bulan November dan bulan PROMO VIVIX. Sepanjang bulan November tau.... 
jadi jangan lepaskan peluang terbaik ini. 

Harga Vivix Normal
RM 475 
Beli 6 Percuma 1
SMS/WASSAP 012 3117349 untuk dapat harga promo ini

nak jadi ahli shaklee pun boleh wassap atau sms ye





Cerita di atas copy dari blog OHVITAMINMAMA (dengan izin tuan blog)

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

31.10.13

Perkongsian Kuasa Ajaib Di Malam Jumaat

pewittt......
salam semua
mari kita lupakan segala sengketa dan buat kerja yang lebih bermanfaat. Lebih-lebih lagi kita yang poket kosong ni....
Tips ni di ambil dari group shaklee saya Jutawan Beriman. Alhamdulillah syukur Allah campak saya dalam group yang beriman dan perkongsian pun yang baik-baik sahaja Insyaallah.

Jom lah baca....



>> “Duit banyak keluar, yang masuknya sikit!”

Ada yang mengadu kata kos melebihi untung. Jadi apa lagi yang kita boleh cuba buat untuk deraskan jualan?

Sebelum cuba yang lain, jom cuba satu cara ini dulu. Ianya ada ‘kuasa ajaib’!

…………

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dapatkan maklumat mana-mana pihak yang memerlukan sumbangan ikhlas. (Contoh, http://on.fb.me/1aKfJcg )

2. Ikhlaskan hati dan sedekahkan sejumlah wang selama 7 hari berturut-turut. (Guna M2U dan Cimbclicks pun boleh)

Walaupun jumlahnya hanya RM1 sehari, tidak mengapa. Yang penting niat kita ikhlas bersedekah kerana Allah swt dan ianya berterusan.

Dalam masa 7 hari, cuba senaraikan apa perkara-perkara baik yang dah berlaku dalam masa 7 hari itu. Lihat ada perubahan tak dalam kehidupan anda. 

…………

InsyaAllah, rezeki akan lebih murah.

Ingat, rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit saja 

*Jika anda sedang buntu, cubalah amalkan cara ini. Jangan terkejut jika ada ‘magic’ yang berlaku dalam hidup dan perniagaan anda. 

**Nak share? Silakan jika anda rasa ada rakan-rakan yang tengah dalam kebuntuan sekarang ni 



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Pisau dan Citylink


Alhamdulillah....
Pisau cantik ni dapat sambutan.
Terima kasih kepada pembaca blog adik Aimi dari Sungai Petani yang membeli 10 set terus.
Pengalaman nak pos pisau ni kelakar pun ada... nak cari yang murah punya pasal  tawakal guna perkhidmatan citylink.
Ingatkan macam pos biasa timbang bayar dah siap rupanya kakak citylink kata prosedur syarikat kami nak tengok apa barang kat dalam.
Lagi2 bila dia tanya barang apa, aku cakap je pisau.
Haaaa..... pisau????
Kakak tu dah besar bijik mata.
Aisehhh...... 
Terus kena bukak kotak
Kakak tu punya belek punya belek sampai ambil bawa masuk ofis tunjuk kat bos kat dalam.
Aku dah gelabah.....
Eiii.... cerewetnya!!!
Menyesal datang sini.
Bila kakak tu keluar dia masih kerut-kerut muka...
dik cantik pisau ni....
dan bla...bla...bla....
sambil tu timbang barang....
bla bla bla....
ukur kotak
bla...bla...bla...
kena ambil insurance ni... berharga
ye ... ikut kan je.
bla..bla..bla..
dah siap bayar. tapi dua orang kakak ni dan seorang lelaki masih tak puas hati dengan pisau
belek2 lagi
eiii.... abis la barang aku ni ....aku mengomel dalam hati
nak hilang sabar pun ada
dah dua kali ni aku suruh kakak tu plaster balik kotak aku
ye nanti kami plaster dik
tapi tak juga plaster
bla bla bla....
kak saya nak balik dah ni... akak tak nak plaster ke kak kotak saya ni?
tak pe dik.... adik jgn risau nnt akak plaster elok2
dan akhirnya aku pun keluar dengan perasaan berkecamuk
insurance kat tangan aku genggam erat dan aku bertawakal supaya barang selamat sampai dan cukup sifat kepada pembeli.

Beberapa hari kemudian aku dpt panggilan dari citylink
kakak tu call nak order pisau rupanya...
hihihi...
tadi dah hantar satu set
petang call lagi nak satu set lagi
alhamdulillah

jadi sekarang stok set 6pcs dan 3 pcs memang dah habis ... 
aku punya yang habis kat supplier ada lagi hik2

yang masih ada cuma set 5 pcs
macam ni

RM 60 TIDAK TERMASUK KOS POS
sebab ada papan memang berat sikit la...lebih kurang 1kg
jadi postage pos  laju dlm rm 10


ada kaler merah dan pink
sapa nak yang ada chopping board ni boleh wassap 0123117349
yang ni kat supplier dah habis
kat aku je yang tak habis2 lagi...sebab aku borong yang ni terlebih banyak.

Terima kasih juga kepada  pn salwani, pn zaimi, puan syida, pn azura, pn, niza, puan asnizah, puan rozie , pn ning , pn asmah , jiran2ku dll.













✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Tuah Nabil Dapat Rumah RM1 juta Percuma!!!


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah pepatah yang sesuai untuk mengambarkan tuah pelakon dan pelawak Nabil Ahmad apabila dia menerima hadiah sebuah rumah yang bernilai RM1.036juta secara percuma.
Nabil pada mulanya hanya ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya namun tidak menyangka perkara itu membuatkan dia menerima tawaran sebagai duta kepada syarikat perumahan tersebut. Mereka bersedia memberikan Nabil sebuah rumah sebagai hadiah diatas kesanggupan Nabil itu.
“Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan ‘house hunting’ dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
“Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu,” katanya.
Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini. Nabil juga memberitahu bahawa dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakan.
“Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak. Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub),” tuturnya.
sumber Oh! Media

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

30.10.13

maya zahra team cikgu terbaik!!!



salam...
ehhh tak sangka pulak entri gedik tentang kertas periksa beberapa hari lalu mendapat respon yang sebegini 
nak tergelak pun ada
nak marah.... nak marah sapa?
aduhaiii..... terima kasih lah cik puan maya zahra team aka MAYA DIANA 
atas segala keprihatinan dan kesanggupan cik puan maya zahra singgah ke blog ini dan memberi tindakbalas yg sungguh efektif.
tak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang memberi komen.
kalau macam ni lah gaya dedikasi seorang pendidik menangani isu kecil sebegini memang dijamin segala urusan akan berjalan lancar dan cemerlang gemilanglah sekolah.
Saya rasa tak payahlah cik puan zahra team aka Maya Diana mengambil serius sangat tentang cerita budak tahun 2 yang tak berapa cerdik ditambah pula dengan parent2 yang memang banyak 'songeh'. Cerita tu pun bukan menghentam guru satu negara... ini cerita biasa je di satu sekolah yang tak disebut pun nama.
Paling senang anggap je lah cerita itu hanya rekaan dan segala watak2 yang disebutkan itu juga adalah hayalan penulis sahaja. Ahhh.... nak senang cerita saja je nak tarik trafik... kekekeke
\
Lagipun memang salah murid pun.... sapa suruh padam jawapan salah dan tanda tempat lain.... sepatutnya kalau buat salah jangan padam. Biarkan.... jadi takdelah kertas periksa tu comotkan?
Budak biasalah memang pandai menipu!!!!  Dan memang itu MAKAN dia!!!
errr..... cikgu sekarang memang guna bahasa macam ni ke? baru tahu.... adehhh nyerinya!


Sekian.

*** atas sebab malas nak jadi popular maka dengan rasminya entri sebelum ini ditarik keluar dari blog ini. Sesiapa yang rajin dialau-alukan  singgahlah  ke page maya zahra shoppe untuk shopping di sana. Semoga maju jaya sis! Doa saya lagi agar puan dan suami (ikutkan hati yang baik nak je letak wajah manis cikgu supaya cepat cikgu dinaikkan pangkat....tapii.... ahh tak pe lah tak sampai pula hati saya takut akhirat nnt sukar nak cari cikgu) .di kurniakan anak yang soleh, bijak pandai dan tidak tahu menipu dan supaya tidak jadi bahan umpat keji orang. PEACE!







✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

VIVIX BANTU LAMBAT PENUAAN WAJAH, TERJUAL LEBIH SEJUTA!!!

Setahun yang lalu, Shaklee memperkenalkan Vivix iaitu produk supplement revolusionari anti penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap selular. Lebih 1 juta botol vivix telah pun dijual.


Vivix merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, syarikat no 1 supplement makanan di Amerika.


Selain dari itu, ia juga menolong mambantu/menjaga/memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindunagn antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan.



Siapa yang perlukan Vivix sebenarnya?
Bagi yang berumur 30 tahun ke atas sangat disarankan sebab bagi yang masih muda, kesan pengambilannya tidak ketara langsung. Malah ada yang merasakan pengambilan Vivix tak beri kesan pada kesihatan. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kritikal memang disarankan amik Vivix kerana ia bantu membetulkan DNA kita. Perubahan pada wajah , penuaan atau penyakit yang ada adalah disebabkan perubahan yang terjadi pada DNA kita. Pengambilan Vivix memerlukan kita consume banyak air atau jika tidak badan akan merasa panas dan mudah demam. Jika anda ingin consume Vivix, pastikan anda minum banyak air dan dapatkan jadual makan dari pengedar. Jangan terus beli tanpa ilmu, walaupun ianya dalam kumpulan supplement dan bukan drugs namun kita tetap perlu ilmu sebelum amalkannya supaya nampak kesan seperti yang kita harapkan.


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Salah Menteri Punca Harga Gula Mahal???


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa harga gula melonjak naik bukan kerana isu subsidi tetapi Kerajaan Pusat menandatangani perjanjian beli gula mentah dengan harga tinggi.

Menurutnya, pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga AS$25 (RM78.59) setiap 45.36 kg.

"Ekoran perjanjian itu rakyat terpaksa menikmati gula lebih mahal.

"Saya mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan kerana membeli gula mentah dengan harga lebih mahal dari harga pasaran iaitu AS$23.42 (RM73.62)," katanya di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, jika mengambil kira harga gula mentah pasaran antarabangsa ketika ini, iaitu AS$18.91 (RM59.44) setiap 45.36 kg, bukan sahaja kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi malah harga gula akan menjadi lebih murah daripada RM2.84 sekilogram yang ditetapkan.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun.

"Saya juga masa itu beri amaran kepada kerajaan bahawa kesemua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan bahawa harga gula akan menurun akibat 'excessive supply'.

"Tetapi perkara itu tidak dihiraukan oleh kerajaan, malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, menjawab di Parlimen harga gula mentah dunia diramal terus meningkat pada masa depan," katanya.

Tambahnya, sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa menjunam sehingga serendah AS$16.70 (RM52.50) setiap 45.36kg pada September 2013.

"Ini bermaksud kerajaan beli gula 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran bulan lalu,"katanya

Sumber Sinar Harian 30 Okt 2013 dan baca di SINI


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...