Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah pepatah yang sesuai untuk mengambarkan tuah pelakon dan pelawak Nabil Ahmad apabila dia menerima hadiah sebuah rumah yang bernilai RM1.036juta secara percuma.
Nabil pada mulanya hanya ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya namun tidak menyangka perkara itu membuatkan dia menerima tawaran sebagai duta kepada syarikat perumahan tersebut. Mereka bersedia memberikan Nabil sebuah rumah sebagai hadiah diatas kesanggupan Nabil itu.
“Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan ‘house hunting’ dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.“Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu,” katanya.
Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini. Nabil juga memberitahu bahawa dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakan.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini. Nabil juga memberitahu bahawa dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakan.
sumber Oh! Media“Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak. Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub),” tuturnya.
✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿
No comments:
Post a Comment