31.10.13

Perkongsian Kuasa Ajaib Di Malam Jumaat

pewittt......
salam semua
mari kita lupakan segala sengketa dan buat kerja yang lebih bermanfaat. Lebih-lebih lagi kita yang poket kosong ni....
Tips ni di ambil dari group shaklee saya Jutawan Beriman. Alhamdulillah syukur Allah campak saya dalam group yang beriman dan perkongsian pun yang baik-baik sahaja Insyaallah.

Jom lah baca....



>> “Duit banyak keluar, yang masuknya sikit!”

Ada yang mengadu kata kos melebihi untung. Jadi apa lagi yang kita boleh cuba buat untuk deraskan jualan?

Sebelum cuba yang lain, jom cuba satu cara ini dulu. Ianya ada ‘kuasa ajaib’!

…………

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dapatkan maklumat mana-mana pihak yang memerlukan sumbangan ikhlas. (Contoh, http://on.fb.me/1aKfJcg )

2. Ikhlaskan hati dan sedekahkan sejumlah wang selama 7 hari berturut-turut. (Guna M2U dan Cimbclicks pun boleh)

Walaupun jumlahnya hanya RM1 sehari, tidak mengapa. Yang penting niat kita ikhlas bersedekah kerana Allah swt dan ianya berterusan.

Dalam masa 7 hari, cuba senaraikan apa perkara-perkara baik yang dah berlaku dalam masa 7 hari itu. Lihat ada perubahan tak dalam kehidupan anda. 

…………

InsyaAllah, rezeki akan lebih murah.

Ingat, rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit saja 

*Jika anda sedang buntu, cubalah amalkan cara ini. Jangan terkejut jika ada ‘magic’ yang berlaku dalam hidup dan perniagaan anda. 

**Nak share? Silakan jika anda rasa ada rakan-rakan yang tengah dalam kebuntuan sekarang ni 



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...